Islam Inklusif atau Islam Eksklusif


Di dalam sebuah seminar memperingati Ibn Khaldun yang diadakan di UM pada tahun 2006, seorang pembentang di dalam seminar itu mengetengahkan tajuk “Dari Fiqh al-Harakah kepada Fiqh al-Hadharah: Menghidupkan tradisi Ibn Khaldun dalam masyarakat Islam kontemporari”. Beliau berpandangan bahawa ketika umat Islam berada dalam tertekan dengan ketinggalan dalam segenap seginya pada masa kini, umat Islam perlu mengambil tindakan yang aktif di dalam masyarakat, bukan dengan mengambil tindakan yang menyendiri. Tindakan ini tidak konstruktif kerana ia membawa kepada titik bengik dan polemik di dalam masyarakat sedangkan keperluan pada masa kini ialah bersaing dengan masyarakat yang dari segenap seginya telah terkedepan. Tulisan ini secara jelasnya mengkritik Ikhwan dan mereka yang mengambil pendekatan menentang kerajaan secara berkumpulan lantaran intipati kepada pendekatan ini dipengaruhi secara jelasnya dengan pandangan Syed Qutb yang terkenal dengan pandangannya yang keras dengan kelompok yang berbeza pandangan dengannya. Mereka digelar dengan kafir, jahiliyyah dan sebagainya yang akan memberikan manifestasi yang negatif terhadap pembangunan Negara.



Nada yang sama juga telah disebut oleh Ust Nakhaie dan Dr. Hamid Othman semasa Islam Hadhari mula diperkenalkan dahulu. Mereka memisahkan Islam Aqidi dan Islam Hadhari kerana bagi mereka soal akidah tidak dapat dibangunkan lagi kerana ia bersifat statik manakala persoalan hadhari atau pembangunan perlu untuk dikembangkan.

Soalnya, memang persoalan tentang akidah itu statik kerana apa yang dibawa oleh Rasulullah, sama seperti yang dibawa oleh para rasul terdahulu. Namun, kualiti orang yang beriman seperti mana mengikut standard yang ditetapkan semakin sedikit.

Soalnya adakah sekiranya tumpuan diberikan kepada soal harakah atau soal akidah, umat Islam tidak boleh bercampur dengan orang lain kerana semuanya haram. Ini tidak boleh dan itu tidak boleh dengan kata lain Islam eksklusif.

Soalnya..
Soalnya..
Soalnya..
Soalnya..

Banyak lagi tak sempat nak tulis.



Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
soalnya, banyak orang islam yang merasa benar sendiri..
soalnya, orang islam kurang ukhuwahnya..
soalnya, aku sendiri juga bingung karena terlalu banyak soalnya..
syukron..
Anonymous said…
Inilah fitnah moden = hadhari.

Orang berasa lebih malu kalu miskin, ketinggalan dll. Tapi tak malu kalu ramai yang tidak solat, banyak anak luar nikah.

Faisal