13 Mei, perspektif orang cina.


Buku ini memberikan perspektif baru terhadap pergaduhan kaum di Malaysia pada 13 Mei. Ia telah memberikan banyak persoalan terhadap isu ini yang mungkin dipendamkan dan dihilangkan begitu sahaja daripada pengetahuan umum. Selama ini, kisah 13 Mei hanya aku perolehi daripada buku teks yang dihidangkan di sekolah dan pembacaan umum sahaja. Dengan maklumat yang diperolehi itu juga, aku menyampaikannya kepada pelajar sewaktu mengajar di salah sebuah universiti dahulu.

Sila lihat ulasannya



Buku ini merupakan huraian pertama rusuhan perkauman 13 Mei 1969 di Malaysia yang boleh dipercayai dengan menggunakan dokumen-dokumen deklasifikasi yang dibuka selubung baru-baru ini di Pejabat Rekod Awam, London setelah selang 30 tahun justeru undang-undang kerahsiaan. Dokumen-dokumen ini membekalkan satu-satunya pemerhatian dan catatan sulit yang boleh diperolehi yang bibuat oleh British dan kedutaan negara asing lain berdasarkan risikan dan perhubungan mereka dengan pegawai dan ahli politik tempatan. Mereka termasuk laporan wartawan yang ketika itu diharamkan di Malaysia. Media tempatan digantung pada waktu itu dan dokumen-dokumen tempatan kekal menjadi dokumen rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi. Kua Kia Soong, seorang ahli sains sosial, memberi kita satu analisis politik baru tentang "Peristiwa 13 Mei" ini. Pada pandangan beliau, rusuhan tersebut tentu sekali bukan satu ledakan keganasan spontan antara orang Melayu dan Cina, malah ia adalaha satu kudeta yang dirancangkan oleh kelas pemerintah kapitalis menentang kelas aristokrat yang dipimpini Tunku. Beliau membincangkan percanggahan formula perkauman Perikatan pasca-Merdeka dan menyusur-galur kebangkitan kelas kapitalis Melayu baru yang memerintah Malaysia sejak 1969 ini. Dokumen-dokumen ini jelasnya menunjukkan sipakah yang bertanggungjawab atas keganasan tersebut dan mengemukakan persoalan mengapa pasukan-pasukan keselamatan boleh membenarkan keganasan berlanjutan. Dengan penerbitan buku ini, diharap "hantu 13 Mei" yang sering kali dibangkitkan oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihalau dan tidak kembali buat selama-lamanya.

Boleh didapati di Gerak Budaya sempena pameran buku antarabangsa di PWTC masih berlangsung hingga 26 April 2009.

http://www.gerakbudaya.com/products-page/asian-studies/13-mei--dokumen-dokumen-deklasifikasi-tentang-rusuhan-1969-malaysia/



Post a Comment

0 Comments