Sunday, April 26, 2009

Babi dari perspektif Islam dan saintifik


al-Muzakarah al-ilmiyyah (Seminar separuh hari)

Muzakarah pada kali ini akan membahaskan tentang “babi” yang merupakan haiwan yang telah diharamkan oleh Allah di dalam al‐Quran dan Bible. Sungguhpun begitu, haiwan ini telah menjadi makanan kepada manusia pada hari ini dan bahan yang unsurnya telah mula digunakan secara meluas di dalam perubatan dan pemakanan mahupun pakaian. Keadaan ini telah menimbulkan keresahan kepada umat Islam khususnya di Malaysia.

9 Mei 2009
Hari Sabtu
9.00 pagi hingga 1.00 ptg.

Tempat :
Dewan Masjid Sultan Hishamudin, Bandar Baru Salak Tinggi.

Broshur. Sila klik.

Kertas kerja 1; Babi dari perspektif Islam. Sila klik.
Kertas kerja 2: Babi dari perspektif pemakanan dan perubatan. Sila klik.
Kertas kerja 3: Hukum Istihalah. Sila klik.

Antara perkara yang dibincangkan ialah



• Pengharaman babi di dalam Taurat dan Injil
• Pengharaman babi menurut perspektif Kristian
• Bahan daripada babi dalam teknologi pemakanan
• Bahan daripada babi dalam teknologi perubatan
• Teori perubahan (al‐istihalah) menurut Islam
• Khilaf fuqaha dalam masalah daging babi

KOMEN DR MAMOT TERHADAP POSTING TENTANG LEMAK BABI.

Saya terpanggil untuk menghubungi puan melalui e-mel ini apabila penolong pembantu tadbir di pejabat kami menunjukkan satu artikel daripada majalah puan (KOSMO) baru-baru ini bertajuk "Coklat enak import didakwa ada lemak babi".

Dengan melihat sepintas lalu kepada tajuk, sudah cukup untuk menggetarkan jiwa sesaorang Muslim kerana istilah "babi" itu sendiri begitu sensitif dan besar implikasinya kepada iman dan akidah mereka.

Untuk pengetahuan puan, saya telah mula bertugas di MARDI di PP Teknologi Makanan pada April 1975 sebelum bertukar tugas di Lembaga Koko Malaysia pada Januari 1990; dan sekarang di UKM sejak November 1993. Saya telah lama menjalankan penyelidikan berhubung dengan koko (fermentasi) dan coklat (pembangunan produk). Oleh itu, sedikit sebanyak tentang coklat saya tahu juga. Saya mendapat PhD dalam bidang Food Biochemistry daripada Univ. Leeds, UK (1980). Di UKM saya pernah/sedang mengajar subjek Food Chemistry, Food Chemistry Laboratory, Advanced Food Analysis, Oleochemistry, Soaps and Detergents, dan Cosmetic and Personal Care Product Chemistry. Bukanlah tujuan saya untuk membangga diri, tetapi sekadar sedikit bukti tentang bidang saya yang tak seberapa.

Begini puan. Niat puan untuk memaklumkan perkara kemungkinan lemak babi terdapat di dalam ingredien coklat import adalah sesuatu yang patut dipuji kerana perihatinnya puan terhadap umat Islam di Malaysia. Namun perlulah ditegaskan disini, maklumat hendaklah benar dan sahih, agar ia tidak menimbulkan "fitnah" kepada ummah. Ditakuti pahala yang cari, dosa pula yang mendatang, nahu-zubill-Allah. Natijahnya adalah seperti berikut :

LEMAK (dalam istilah kimia makanan, ia adalah triacylglycerol atau TAG yang berkeadaan pepejal pada suhu bilik) BUKAN emulsifier. Emulsifier atau pengemulsi dalam istilah Bahasa Melayunya, adalah sebatian amphophilic : ada kedua-dua sifat hydrophilic (suka air) dan lipophilic (suka lemak). Denagn itu kehadirannya membolehkan minyak dan air bercampur membentuk emulsi. Lemak neutral adalah lipophilic, justeru ia tak boleh menjadi pengemulsi. Ingat pepatah Melayu - minyak dan air tak boleh bercampur!
Emulsifier BUKAN pewarna (colouring), juga BUKAN penambah prisa (flavourings)
Dalam kod Food Ingredients, E-100 = curcumin, iaitu pigmen kuning yang terdapat di dalam rizom kunyit; manakala E-904 = shellac, adalah agen pengilat (glazing agent) diperoleh daripada resin (damar) yang dikeluarkan oleh sejenis serangga lac bug betina. Maka dakwaan puan yang menyatakan kedua-duanya emulsifier adalah salah!
Sepengetahuan saya, emulsifier yang lazim digunakan didalam pembuatan produk coklat ialah lecithin (phosphatidyl choline) iaitu sejenis phospholipid (tergolong dalam polar lipid) yang banyak terdapat secara semula jadi di membran sel, organ dalaman terutamanya hati dan kuning telur. Di dalam tumbuhan, ia terdapat dalam bentuk gum, justeru dihasilkan secara komersil daripada proses degumming minyak soya. Maka sumber komersil lecithin ialah lecithin soya.

Berdasarkan fakta di atas, puan bolah dianggap telah melakukan satu kesilapan, lantaran menggunakan fakta saintifik yang sama sekali salah. Sekiranya ia timbul akibat daripada kejahilan puan, ia boleh dimaafkan, tetapi puan tetap bersalah kerana melakukan sesuatu tanpa berilmu. Memang lemak dan minyak (triacylglycerol yang berkeadaan cecair pada suhu bilik) boleh ditukar kepada bahan pengemulsi dalam bentuk :

monoacylglycerol (MAG) dan diacylglycerol (DAG)
sugar esters (produk tindak balas antara gula dengan asid lemak)

Memandangkan sumber TAG (lemak/minyak) yang murah adalah daripada tumbuhan, adalah tidak bijak pengusaha di Barat menggunakan lemak/minyak daripada sumber haiwan, apatah lagi lemak babi yang tentunya akan menjejaskan penjualan produk mereka di negara Islam.

Akhir kata, nasihat saya ialah kita hendaklahbercakap sesuatu berlandaskan FAKTA dan bukannya PERASANGKA kerana kita perlulah bertanggungjawab terhadap apa yang kita katakan, lebih-lebih lagi ia melibatkan bilangan orang yang ramai. Sekiranya tidak tahu, maka bertanyalah kepada mereka yang tahu, ini adalah gesaan daripada hadith Rasulul-Allah s.a.w.

Sekian. Wassalam.

21 April 2009.

Assoc. Prof. Dr. Mamot Bin Said
Food Science Programme
School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
UKM.



5 comments:

Anonymous said...

jadi bagaimana untuk mengetahui secara mudah kandungan tidak mengandungi bahan haram tersebut

Abuirfan said...

Saya tiada background untk jelaskan daripada aspek tersebut. Mungkin dr. mamot boleh jelaskan nanti. harap tuan boleh hadir seminar itu, sekiranya available.

musafir said...

Salaam..akhi,
macamana nak contact direct ngan Prof Dr.Said B.Mamot ni.

ana nak tanye pasal ethyl alcohol dalam roti, boleh makan ke roti tu? adakah bentuk kimia berubah bila dah jadi roti?

lagi satu pasal kod2 emulsifier cthnya E471,E476 yg dikatakan mempunyai lemak babi didalam nya..adakah fakta ini sohih???

musafir di bumi asing perlukan bantuan segera..jzkk

Abuirfan said...

tuan boleh hubungi Prof. Mamot melalui mamot@ukm.my

musafir said...

jazakallaah.. abu irfan