KESIMPULAN AL-MUZAKARAH AL-ILMIYYAH MENGENAI BABI

Sabtu :: 9 Mei 2009
Dewan Masjid, Sultan Hishamudin,
Bandar Baru Salak Tinggi.

Anjuran
Pejabat Agama Islam Sepang

Dengan kerjasama
Persatuan Ulama Malaysia (Selangor)
Badan Dakwah Daerah
Persatuan Pendakwah Sepang

Sila klik
1. Babi merupakan binatang yang diharamkan oleh Allah kepada orang Islam dengan hikmah tersendiri tetapi dalam masa yang sama binatang ini mempunyai pelbagai manfaat. Antara hikmahnya ialah untuk memberikan cabaran kepada saintis Islam rasa untuk bersaing dalam membuat kajian dan penyelidikan bagi menemukan teknologi yang menyaingi penemuan tentang babi.

2. Babi merupakan binatang yang bernajis mughallazah. Tetapi memegangnya bukanlah suatu kesalahan di dalam Islam atau berdosa, tetapi wajib dibasuh (samak) sahaja kerana ia adalah najis.

3. Babi merupakan ciptaan Allah bertaraf binatang. Beberapa sifat yang dilihat tidak baik, tidak mengurangkan taraf kebinatangannya. Begitu juga dengan ciptaan yang lain seperti kuda dan kucing walaupun disayangi oleh manusia dan mempunyai kelebihan tertentu tetapi tidak juga menaikkan taraf kebinatangannya. Ke semuanya sama iaitu binatang.

4. Pengemulsi (emulsifier) yang berasal daripada tumbuhan dan haiwan yang halal (dan disembelih) tiada masalah dan tidak diragui status kehalalannya.

5. Pengemulsi (emulsifier) yang berasal daripada haiwan yang haram seperti babi atau haiwan yang halal tetapi tidak disembelih menurut Islam – menurut teori istihalah di dalam Islam, ia adalah halal kerana unsur haiwan itu telah pun diubah secara fizikalnya dan chemicalnya kepada benda lain.





6. Istihalah merupakan salah satu teori di dalam Islam yang diterima oleh jumhur ulama, melainkan dalam mazhab Shafie sahaja. Teori ini menjelaskan sesuatu bahan yang haram atau najis, akan menjadi suci apabila mengalami proses tertentu yang menyebabkan perubahan pada konsep, dan bentuk zat dan sifatnya kepada suatu benda yang lain.

7. Ada tiga bentuk istihalah yang diterima iaitu






8. Ada dua bentuk istihalah yang ditolak iaitu




9. Mazhab shafie menyempitkan pengunaan istihalah kepada 3 keadaan sahaja dan menggunakan kaedah darurat dalam menghadapi kemungkinan yang berlaku (1. Darurat boleh mengharuskan yang haram. 2. Keperluan boleh menggantikan tempat darurat) untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan bahan daripada najis.

10. Pengemulsi (emulsifier) kebanyakannya berasaskan bahan lemak/minyak. Pengemulsi mengandungi kedua-dua gugusan suka air (hydrophilic) dan suka lemak (lipophilic) di dalam molekulnya yang membolehkannya berada diantara fasa air dan lemak di dalam sesuatu sistem dua fasa seperti emulsi air dalam minyak (w/o) dan minyak dalam air (o/w). Gugusan suka air terdiri daripada kumpulan hidroksil (-OH), polihidroksil ( banyak –OH, misalnya gula dan terbitamya) atau anionic lain (termasuk sulfat (-SO4) dan fosfat (- PO4); manakala gugusan suka minyak terdiri daripada kumpulan alkil (CH3-CH2-……) dan asil (CH3CH2……….COO-). Isu yang timbul di sini ialah gugusan suka lemak itu yang lazimnya (kecuali alkil yang juga boleh diperolehi daripada petroleum) berasalnay daripada lemak/minyak haiwan/tumbuhan. Minyak daripada sumber tumbuhan tak perlu diragui kehalalannya, cuma yang daripada haiwan memerlukan kepastian status halal haiwan yang terlibat. “Agen perubahan” dalam kes ini boleh berupa mangkin (catalyst) kimia atau enzim, khususnya lipase daripada mikrob (sumber enzim kegunaan komersil) atau haiwan (Cuma untuk penyelidikan makmal sahaja).


TAJUK MUZAKARAH DAN PANEL

1. Tajuk : Babi dari perspektif Islam dan agama lain.
Ustaz Muhamad Faisal Ashaari
Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

2. Tajuk : Babi dari perspektif sains pemakanan dan perubatan
Prof. Madya Dr. Mamot bin Said
Pensyarah, Fakulti Sains Teknologi, UKM.

3. Tajuk: Babi dari perspektif Syariah dan teori (Istihalah)
Ustaz Mohd Zamri bin Shafiq
Pengerusi Persatuan Ulama Selangor



Post a Comment

2 Comments

Mohd Aizat said…
Saudara, boleh saya tahu dr mana saudara copy diagram proses istihalah yang diterima dan ditolak tersebut. Setahu saya, kajian ini dilakukan oleh seorang student post graduate dari UM. mudah2an tidak ada unsur2 plagiat. terima kasih
Itu adalah pembentangan dari us zamri syafiq. Mungkin dia ambil daripada student tersebut.