Kereta akhirat dan kereta dunia?

Antara yang menggagalkan usaha dakwah salah faham tentang konsep dunia dan akhirat iaitu menganggap agama hanyalah pada urusan ibadat sahaja. Contoh.

1. “Ini kerja dunia” kata ustaz itu sambil merujuk kepada ternak ikan keli. Manakala mengaji ialah kerja akhirat.

a. Adakah mencari rezeki itu bukan daripada ajaran Islam?
b. Adakah menjual barangan keperluan masyarakat seperti makanan, pakaian, peralatan dan sebagainya itu bukan daripada ajaran Islam?
c. Adakah menaikkan taraf ekonomi orang Islam itu bukan daripada ajaran Islam?

2. “habuan dunia” merujuk kepada kekayaan yang diperolehi oleh seseorang.

a. Adakah mendapat kekayaan itu bercanggah dengan Islam?
b. Bukankah ramai 10 orang sahabat nabi yang dijamin syurga, ramai diantara mereka itu di kalangan orang kaya.


3. “Kita kena banyakkan amal soleh”. Kata seorang ustaz dengan penuh semangat kepada para hadirin dalam satu ceramah. Dia merujuk amal soleh itu dengan sembahyang dan berbuat baik pada ibu bapa.

a. Soalnya, adakah berniaga itu dunia?
b. Soalnya, adakah memiliki kereta itu dunia?
c. Soalnya, adakah memiliki rumah besar itu dunia?

Ya, ada yang dunia dan ada yang akhirat.



Kereta akhirat ke dunia?
Rumah akhirat ke dunia?
Langsir akhirat ke dunia?
Baju akhirat ke dunia?
Pangkat akhirat ke dunia?


Tips:
Apa yang membantu untuk kita hidup selepas mati ialah perkara akhirat.
Apa yang tidak membantu untuk kita hidup selepas mati ialah perkara dunia.

Maka,
Kereta mewah yang membantu tuannya buat kerja Islam, maka itu adalah kereta akhirat. Manakala, basikal cabuk yang tidak membantu tuannya buat kerja Islam, malah menentang Islam, itu basikal dunia.

Hadis tentang kuda pada jalan Allah...


Post a Comment

2 Comments

Anonymous said…
Setuju dengan ustaz.. mmg ramai orang terutamanya org "surau" atau "masjid" yg keliru dengan konsep kerja dunia dan kerja akhirat. Contohnya .. Buat kerja utk Persatuan x dapat pahala.. tp kalau buat kerja untuk Surau beso pahalanye. Kalau tanggapan begini tak diperbetulkan sampai bila2 islam payah nak maju. Tp mungkin juga perkara ini berlaku di kalangan org melayu je... saya pon tak pasti... wallahualam. Boleh jadikan tajuk projek Master nih....heheh

Bagusnya topik ni dijadikan tajuk khutubah jumaat.

mdnoh
Terima kasih. Apa jua sumbangan untuk menaikkan Islam ialah kerja akhirat.

Pemikiran sekular telah meresap di dalam pemikiran kita sehingga memisahkan aktiviti surau dan kemasyarakatan.

Nanti saya akan jadikan topik khutbah. Tapi di peringkat awal ini, susah sikit. ada pantauan.