Perkasakan JAKIM / Majlis Fatwa atau mengharamkan SIS?

Usul yang dikemukakan oleh perwakilan PAS Shah Alam sempena Muktamar kali ke 55 mengesyorkan Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat tentang beberapa pandangan SIS yang bercanggah dengan Islam. Sekiranya didapati ia bertentangan dengan Islam, pertubuhan ini harap dapat diharamkan.

Pertubuhan SIS merupakan pertubuhan yang dikenali memperjuangkan isu wanita yang bagi pandangan telah didiskriminasikan oleh agama dan budaya sehingga menghalang gaya hidup moden pada masa kini. Perjuangan mereka berasaskan kepada hak samarata antara lelaki dan wanita berasaskan kepada “human right” seperti yang ditegaskan oleh United Nation.

Pertentangan wujud apabila ukuran yang mereka berikan berasaskan kepada nilai barat yang tidak sama dengan ukuran yang diberikan oleh Islam. Menurut Islam, tidak semua konsep kebebasan menurut perspektif barat itu perlu diterima kerana ia bercanggah dengan nas yang jelas di dalam al-Quran. Sebagai contoh, idea persamaan ini akan bercanggah dengan hukum harta pusaka di dalam Islam yang telah disebut secara jelas di dalam al-Quran tentang peruntukan penerimanya. Contoh lain ialah, beberapa hokum di dalam al-Quran hendaklah difahami dari sudut konteks turunnya ayat al-Quran seperti hokum menutup aurat. Ia adalah produk budaya, bukan hokum yang perlu dilaksanakan sepanjang masa.

Mereka anti ulama kerana bagi mereka ulama merupakan pihak yang tidak terbuka menerima pandangan dan menjadikan hujah agama untuk mengabsahkan segala tindakan mereka. SIS berpandangan, dengan sedikit ilmu yang ulama ada, mereka menafikan sumbangan pihak lain.



Beberapa contoh pandangan mereka ini dan menyalahi pandangan ahli sunnah wa al-jamaah seperti pandangan mereka dalam isu poligami, dan undang-undang keluarga yang lain. Sekirannya kumpulan ini terus mendapat tempat di dalam negara kita, ia boleh mengelirukan masyarakat.

Sebagai sebuah pertubuhan yang menggunakan nama Islam, tentunya tidak wajar memiliki pandangan yang bercanggah dengan Islam. Justeru, pihak berwajib meliputi JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan perlu tampil secara aktif untuk berbincang dengan mereka agar kekeliruan yang ditimbulkan itu dapat diselesaikan. Sekiranya, mereka bertegas dengan pendirian, mereka tidak wajar mengekalkan nama Islam pada pertubuhan mereka. Apa ertinya menggunakan nama Islam, tetapi pandangan mereka tidak selaras dengan pandangan utama di dalam Islam. Mampukah Majlis Fatwa?

Soalnya, memperkasakan JAKIM / Majlis Fatwa atau mengharamkan SIS.

Baru-baru ini, buku mereka telah diharamkan oleh KDN, iaitu yang berjudul "Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism" oleh Norani Othman, terbitan Sisters in Islam, Petaling Jaya dan dicetak oleh Vinlin Press Bandar Baru Seri Petaling. Mereka telah memohon perintah mahkamah agar keputusan Menteri Dalam Negeri tersebut dibatalkan kerana ia bertindak di luar bidang kuasa.

Juseru, pada pandangan saya,
1. Institusi-institusi Islam di dalam negara ini perlu diperkasakan dari sudut peruntukan undang-undang, penambahan pegawai dan sebagainya;
2. Bidang kuasa badan Islam diperluaskan agar fungsi mereka lebih berkesan dan mampu untuk mengawal pandangan yang bercanggah dengan Islam.



Post a Comment

0 Comments