Beberapa perbahasan mengenai “pemikiran Islam kontemporari”

a. Gabungan antara parti melayu dan bukan melayu tidak sekadar gabungan parti politik, tetapi lebih jauh dari itu ialah gabungan antara pemikiran melayu dan bukan melayu. Pemikiran orang melayu secara amnya adalah traditional manakala bukan Islam adalah secular, liberal dan democracy. – Sila lihat sejarah kebangkitan barat dan asas pemikiran mereka.

b. Gabungan pelbagai kaum atau lebih dikenali dengan masyarakat majmuk cenderung kepada sekularisme kerana dominasi pemikiran barat yang mengatakan bahawa agama hanyalah hak individu dan tidak boleh menjadi paksaan, serta autoriti agama hanyalah dalam bentuk yang ritual sahaja. – Sila lihat buku karangan (asalnya adalah tesis phd) Anis Malik Taha, Ta’addudiyyah diniyyah; Ru’yat islamiyyah.

c. Cabaran terhebat pada masa ini ialah “modernity” iaitu falsafah yang mengagungkan akal dan rasional yang menuntut Ulama Islam agar tidak beretorik mengatakan bahawa “al-Quran merupakan panduan yang lengkap”, tetapi cuba memikirkan bagaimanakah melaksanakan Islam di dalam kehidupan pada masa ini.

d. Orientasi pendidikan yang berbeza antara yang mendalami ilmu wahyu (yang dikenali dengan pengajian Islam atau pengajian agama) dengan ilmu kemanusiaan (yang lebih dikenali dengan bidang profesional). Orientasi pengajian ilmu wahyu (walaupun tidak sepatutnya begitu) yang banyak menumpukan aspek hafalan berbeza dengan orientasi pengajian ilmu kemanusiaan yang berorientasikan rasional. Pelajar yang menyertai bidang ilmu wahyu banyak yang terdiri di kalangan mereka yang sudah gagal memilih di dalam bidang professional. Fenomena ini memberikan kesan kepada pergolakan di dalam jemaah Islam sekiranya tidak diurus dengan baik.






Post a Comment

6 Comments

Salam AbuIrfan,
Tahniah kerana sedang siapkan PhD. Lebih teruk dari kerja kebun kan? Saya sempat siapkan PhD kedua tahun 1986. Sepatutnya dapat yang ketiga tahun 1990/1991, tapi tak sempat siap. Terlalu banyak komitmen.
Saya doakan semoga findings yang cemerlang.
Blog anda pada senarai Pemaya M: dalam blog FSS saya.
Guru said…
bagaimana kalau gabungan yang ada kelak lebih terjurus kepada dasar agama... biarpun rumpun bangsa yang berbeza, tetapi perpaduan ahli didasari oleh agama yg dianuti.. itukan lebih baik dari sekarang. cumanya saya nampak PAS yang ada sekarang gagal menjadikan perjuangannya bersandarkan agama semata...
Salam.

Doakan saya dapat selesaikannya dalam masa yang terdekat ini.

Terima kasih.
KL, citizen.

Terima kasih, atas pandangan, cuma saya tidak berpandangan begitu.

Cuba tuan jelaskan kegagalan PAS menjadikan agama sebagai teras perjuangannya.
Guru said…
salam

ini cuma pandangan saya yang sangat cetek ilmunya, apatah lagi dalam politik di malaysia.

pada saya PAS memang mempunyai matlamat yang jelas, namun begitu sistem pentarbiyahan di kalangan ahli tidak berjaya. kenapa? sebab islam adalah agama yang berlandas ilmu bukan emosi.

namun begitu, ahli-ahli PAS banyak betul yang beremosi dahulu. pemimpin dan ulama'nya perlu menekankan ini.. bukan saya tak suka teriakan ALLAHUAKBAR... tetapi kadang-kadang tidak kena pada tempat dan menjadi bahan ejekan oleh orang-orang kafir terhadap kita..

saya juga tidak berapa berkenan dengan sesetengah orang-orang terkenal dalam PAS, bila memperjuangkan agama, akhlak dan bahasa mesti dijaga, kalau hanya memperjuangkan kuasa dan politik itulah jadinya..

kes yang paling terkesan dalam sanubari dan kotak fikiran saya ialah kes mat sabu dan pn normah 'berkhalwat'.... tetapi beliau masih mendapat keistimewaan dalam parti. saya berpendapat apa juga alasannya, ia tidak patut ...

saya juga tidak setuju dengan kerjasama PAS dan DAP, kerana jelas DAP langsung tidak ada sympathetic spirit terhadap Islam.
matlamat tidak pernah menghalalkan cara. kalau berkerjasama dengan PKR saya setuju atas dasar pemimpin mereka memang muslim.

jadi saya berpendapat sebagai orang yang serba jahil berbanding dengan ustaz dan ulama' yang ada PAS tidak berjaya mendasari perjuangannya atas agama.

saya bukanlah penyokong UMNO, PAS atau PKR... tidak. saya menyokong calon yang mewakili Islam, terbukti akhlaknya serta ilmunya. Jika tiada ...tiadalah.

wallahualam
Terima kasih. Persoalan yang dikemukakan oleh kak KL citizen ini telah saya cuba reply menerusi emel kepada beliau.