ASWJ blanket menolak wahabi?

ASWJ kini difahami sebagai suatu blanket yang memasukkan mereka yang beraliran akidah asha’irah dan maturidiyyah; dan menolak pendekatan lain di dalam memahami akidah.

Intipati pendekatan asha’irah dan maturidiyyah berasaskan kepada akal dan naqal – bukan intipati mereka berasaskan kepada sifat 20. Manakala intipati pendekatan salafiyyah / wahabiyyah berasaskan kepada naqal dan mengkesampingkan akal di dalam memahami akidah.

Oleh sebab itu, aliran salafiyyah / wahabiyyah dianggap oleh sesetengah pihak terkeluar daripada ASWJ apatah lagi apabila mereka menggunakan blanket ASWJ apabila tidak bersetuju dengan aliran salafiyyah / wahabiyyah.

Memang kedua-dua aliran tidak dapat disatukan apabila masing-masing berkeras mengatakan bahawa mereka adalah ASWJ. Aliran salafiyyah / wahabiyyah juga mengganggap diri mereka ASWJ kerana pegangan mereka terhadap al-Quran dan al-Sunnah. Sampai bila pun kalau begitu, kedua aliran asha’irah/maturidiyyah dan salafiyyah / wahabiyyah tidak dapat disatukan.

Kemunculan ASWJ di peringkat awalnya adalah hasil tindak balas terhadap aliran rasional muktazilah yang lebih berpegang dengan akal di dalam memahami akidah dan nas. Kumpulan salafiyyah/ wahabiyyah yang berasaskan kepada Imam Ahmad bin Hanbal pun berusaha mempertahankan akidah sehingga Imam Ahmad banyak kali dipukul kerana mempertahankan akidah kalam Allah itu qadim. Manakala Imam Asha’ari yang muncul selepas itu telah mendapat idea baru untuk menentang muktazilah dengan menggabungkan aspek akal dan nas. Pendek kata, ASWJ merupakan mazhab di dalam akidah yang bertujuan untuk mempertahankan akidah umat Islam pada masa itu.

Perbezaan antara aliran asha’irah/maturidiyyah dan salafiyyah/ wahabiyyah adalah daripada aspek etimologi.


Artikel berkaitan http://myfaisalonline.blogspot.com/2009/04/kewajipan-menyertai-jamaah-al-muslimin.html

Sila klik juga disini. Artikel yang memuatkan perbincangan tentang "Komitmen kepada Jemaah Muslimin" termasuk ASWJ.





Post a Comment

2 Comments

Ustaz .. boleh ke cerita tajuk ni dlm kuliah subuh... berminat tp tak berapa nak faham penulisan ustaz kat blog nih.
Maaf, ia terlalu ringkas dan bersifat ringkasan.
Insya Allah, kalau giliran saya nanti (ahad minggu pertama setiap bulan), saya akn huraikan. Kalau perlu, bole buat malam minggu.