Friday, March 19, 2010

Hadis hari ini

يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرِ الْفَاحِشَةُ فِى قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلاَّ فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالأَوْجَاعُ الَّتِى لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِى أَسْلاَفِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا. وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلاَّ أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَؤُنَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ. وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلاَّ مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنَ السَّمَاءِ وَلَوْلاَ الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلاَّ سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِى أَيْدِيهِمْ. وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلاَّ جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

Maksudnya:

Wahai golongan Muhajirin, ada lima perkara jika terjadi kepada kamu, maka aku berlindung dari Allah daripada terjadi kepada kamu –
1. Apabila sesuatu kaum melakukan penzinaan secara terang-terangan maka mereka akan diserang dengan penyakit taun dan kelaparan yang belum pernah dialami oleh nenek moyang mereka.
2. Apabila mereka mengurangi timbangan dan ukuran, mereka akan dihukum dengan kepapaan dan kemiskinan serta kezaliman pihak penguasa.
3. Apabila mereka enggan membayar zakat, hujan tidak akan turun dari langit. Kalaulah tidak kerana adanya haiwan dan binatang ternak tidaklah akan diturunkan hujan.
4. Apabila mereka yang melanggar janji Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan dijajah oleh musuh daripada bangsa lain, yang akan merampas sebahagian daripada harta mereka.
5. Apabila para pemimpin tidak menjalankan hukum-hukum yang terdapat dalam kitabullah, maka sengketa akan berlaku sesama mereka.

Hadis Riwayat Ibn Majah.





Wednesday, March 3, 2010

Rumah disukai syaitan - berat nak datang surau

Bulan Rabiul Awwal merupakan bulan kelahiran Rasulullah. Pada bulan ini, orang Islah telah mengadakan sambutan maulid al-Rasul sebagai tanda memperingati baginda Rasulullah SAW. Pelbagai bentuk acara yang telah dianjurkan di peringkat kampong, daerah negeri dan juga di peringkat negara, daripada melakukan perarakan sehinggalah acara mulut (makan). Sesetengahnya mempersoalkan tindakan sekiranya perarakan tidak diadakan seperti melambangkan sudah tidak sayang lagi pada Rasulullah.

Salah satu daripada tanda orang Islam mengingati Rasulullah ialah menggantung perkataan Allah dan Muhammad di dinding rumah, begitu juga dengan ayat-ayat al-Quran seperti Ayat Kursi, Ayat Seribu Dinar dan sebagainya. Alhamdulillah, tetapi itu bukanlah cara yang pertama dan terakhir dengan maksud selepas itu orang Islam tidak perlu lagi melakukan perkara lain. Sedangkan cara penting di dalam mengingati Allah dan Rasul adalah dengan mengucapkan selawat dan membaca ayat-ayat al-Quran.

Ada juga mendakwa, kununnya menggantung ayat-ayat dan perkataan itu untuk menambah berkat kepada rumah dan mengelakkan daripada syaitan masuk rumah. Sedangkan:

Di dalam rumahnya terdapat patung seperti patung yang ada pada piala dan perhiasan rumah seperti patung burung yang diletakkan di tepi kolam dan sebagainya. (Tidak termasuk patung kanak-kanak). Rasulullah bersabda:
لاَ تَدْخُلُ الْمَلاَئِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلاَ صُورَةُ تَمَاثِيلَ
Malaikat tidak masuk rumah yang terdapat di dalamnya anjing dan patung. (Bukhari dan Muslim)

Membaca Surah al-Baqarah merupakan cara untuk menghalau syaitan, bukan sekadar menggantung perkataan Allah dan Muhammad. Rasulullah bersabda:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Maksudnya: Janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibaca di dalamnya dengan Surah al-Baqarah. Hadis Riwayat Muslim dan Termizi.

Bila syaitan banyak, dan malaikat pula tak masuk, itulah yang berat yang nak datang surau dan masjid.