Sedekah/ infaq tak kena gaya

Contoh 1: Infaq sejadah kat masjid / surau sedangkan sejadah yang sedia ada pun udah melambak. Oleh kerana jarang / tak pernah pergi masjid, kononnya nak buat baik, maka dibagi sejadah agar orang lain sembahyang. Aku tak / malas sembahyang tak per.

Contoh 2: Infaq surah yasin kepada jemaah yang datang baca yasin rumah. Kat rumah dan kat surau dah banyak surah Yasin dah.

Keterangan.
Sedekah / infaq yang baik ialah kita memberikan sedekah di tempat yang memerlukan sedekah kita. Walaupun hanya RM1 tetapi dalam sesetengah keadaan, RM1 itu dapat melegakan kesusahan orang. Kadangkala RM100 yang diberi, tetapi penerima sedekah itu tidak mengindahkannya. Sedekah cara macam ini, tak kena gaya.

Contoh:
Dengan infaq RM50 pada sebuah surau di sebuah kampong luar bandar dapat melepaskan tanggungan api air mereka. Lega sangat masyarakat di kampong itu.
Tetapi dengan menginfaqkan RM50 pada masjid yg udah ada simpanan sebanyak RM50,000 kemudian perbelanjaan masjid itu pulak dibiayai oleh kerajaan.

Analogi, harga surat khabar hari ini ialah RM1.50. Kalau surat semalam harganya sudah jatuh merudum RM0.20 sekilo. Kenapa sangat murah, sbb orang tidak perlu kepadanya lagi. Kalau sesuatu yang diperlukan, nilainya amat tinggi.

Persoalan pahala di sisi Allah, tetapi biarlah kita menjadi penginfaq yang bijaksana iaitu dapat membelanjakan harta pada tempat dan masa yang sepatutnya.

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ فِى عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِى عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya:
Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seseorang mukmin daripada pelbagai kesusahan di dunia, Allah akan melepaskan satu kesusahan dari pelbagai kesusahan ketika di akhirat. Sesiapa yang memudahkan orang susah, Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aib seseorang Islam, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat. Allah akan menolong hambanya selama hambanya menolong orang lain.
Riwayat Muslim.





Post a Comment

3 Comments

Abiyasha said…
Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. (HR. Ahmad)

Jauhkan dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan (sodaqoh) sebutir kurma. (Mutafaq’alaih)
Guru said…
saya setuju...
Hasan Nazam said…
Perlu faham Fiqh Aulawiyyat lah maknanya..