Illah pengharamaan judi ialah pertaruhan atau dipanggil dalam bahasa arab dengan qimar / muqamarah.
Pertaruhan membawa kepada memakan harta orang lain dengan cara yang salah dan menggalakkan pergantungan manusia kepada nasib. Di dalam Islam, cara untuk memperoleh untung dan mencari harta bukan dengan cara kelicikan mengekspoitasi nasib tetapi dengan bekerja, modal dan jaminan.
Mana-mana perlawanan atau game yang menawarkan hadiah, apabila penyertaannya disyaratkan dengan memberi sumbangan, dan cara merebut hadiah itu dengan tekaan nasib sahaja, maka itu adalah judi.
Tetapi, perlawanan yang seperti badminton, walaupun penyertaan itu dikenakan wang pendaftaran, namun cara merebut hadiah itu bukan dengan tekaan nasib, tetapi dengan usaha, itu bukanlah judi.
Dengan kata lain, sekiranya yang lebih dominan dalam permainan itu adalah pertaruhan, bukan lagi permainan, maka itu adalah judi.

Adapun pengharaman oleh sesetengah ulama terhadap catur dan yang seumpama dengannya bukan disebabkan oleh papan catur itu sendiri, tetapi disebabkan illah yang lain yang mungkin disebabkan pertaruhan dan juga lalai dari mengingati Allah. Dengan kata lain, ia adalah تحريم لغيره لا لذاته
Illah adalah alasan untuk menjatuhkan hukum bagi sesuatu perkara. Sekiranya illah ada, maka hukum itu sabit ada. Seperti illah pengharaman arak iaitu mabuk. Kalau mabuk, ia haram. Kalu tak mabuk, tak haram.
0 Comments