Bahan tazkirah dan dakwah

1. Tanggungjawab yang diberikan oleh Allah bukan untuk menyusahkan kita tetapi untuk menguruskan diri kita dan untuk kepentingan kita.

Keterangan
Seorang bapa yang hebat apabila ia dapat mengurus anaknya dan memberikan tanggungjawab kepada anak-anaknya sama ada dalam bentuk perintah atau larangan. Tanggungjawab yang diberikan itu hanyalah untuk kebaikan dan kepentingan anak-anak itu dan masa depannya.
Sekiranya ibu bapa itu tidak menghiraukan anak-anaknya, maka bukan sekadar anak-anaknya akan terbiar dan akan menjadi penyakit di dalam masyarakat, tetapi ibu bapa itu pula dilihat sebagai orang yang bodoh dan tidak bertanggungjawab.

Tanggungawab yang diberikan oleh guru, ketua dan kerajaaan adalah untuk kepentingan bersama. Tanggungawab yang diberikan oleh Allah swt untuk kepentingan manusia, bukan untuk Allah.

Manusia yang hidup tanpa mempunyai panduan dan tanggungjawab, ia akan menjadi seorang yang hina dan bertuhankan hawa nafsu semata-mata.


2. Kebangkitan semula adalah rasional dan diterima akal

Kebangkitan semula adalah perkara penting yang ditolak oleh arab Jahiliyyah.
Seperti mana Allah jadikan biji nasi yang berjuta-juta itu dari benih, anak padi, pokok padi, padi hijau, padi kuning dan sebagainya, tiada masalah bagi Allah untuk menjadikan manusia.
Begitu juga dengan semua benda hidup yang lain kerana semuanya akan melalui proses kitaran semula. Sebagaimana semua benda melalui proses kitaran, adakah Allah tidak mampu untuk menghidupkan semula manusia sebagaimana sebelum ini manusia berada di dalam rahim ibu?


3. Kita memuja Allah kerana ia tuhan yang abadi

Kita tidak sembah berhala, kerana apa guna untuk kita sembah benda yang kita buat sendiri.
Kita tidak sembah pokok dan juga kejadian alam yang lain, kerana alam ini dijadikan untuk manusia. Kita sembah tuhan yang menciptakan alam semesta, tuhan yang kekal abadi.

Mungkin orang suka sembah berhala dan alam kerana semua benda itu kaku. Mereka tidak boleh menyuruh dan memberikan tanggungjawab untuk manusia. Atas rasa kemahuan manusia untuk bertuhan, mereka menyembah semua perkara itu, tetapi hakikatnya bukanlah tuhan yang agong.


4. Islam agama yang agong

Kepada mereka yang tidak suka kepada Islam atau tidak berpuas hati dengan sebahagian dari perundangan Islam, cuba buktikan dimana salahnya Islam. Kalau Islam itu ada cacat celanya, maka kami orang Islam pun tak mau pada Islam.

Kalau tidak dapat buktikan, kamu kena terima Islam sebagai satu cara hidup kerana buat apa berterusan di dalam kesesatan.

5. Keturunan Adam dan Hawa

Menurut al-Quran, Allah menjadikan manusia dari Adam dan Hawa. Kalau agama lain boleh buktikan manusia dari keturunan selain Adam dan Hawa, sila bawa datang bukti dan keterangan. Kalau boleh terima pernyataan ini, manusia ini sebenarnya dari Allah yang menciptakan alam dan manusia tanpa template. Dialah engineer dan arkitek yang mengatur ala mini dan kehidupan di atasnya. Patutkah manusia tidak mahu ikut apa yang diperintah oleh Allah.

Oleh kerana manusia ini diciptakan dari sumber yang satu, mereka ini berasal dari satu keturunan. Oleh sebab itu, tiada kelebihan manusia melainkan dengan ikut perintah Allah. Tiada lebihnya melayu, cina, india dll melainkan apabila mereka beragama Islam. Perkara inilah yang boleh mengubat penyakit rasis yang menjadi satu isu yang besar pada hari ini.


Ubah suai dari Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
30 Mei 2010.
Paya Indah.


Post a Comment

0 Comments