Muzakarah Ilmiyyah Ustaz Sepang ke 4
Anak tidak sah taraf (Anak zina)
Pendahuluan
Baru-baru ini apabila isu buang bayi dihighlightkan kembali, maka sudah tentu anak yang dibuang itu anak luar nikah. Kalau tidak, masakan sang ibu sanggup untuk membuangnya ditepi jalan, di dalam longkang dan sebagainya. Di dalam Islam, anak luar nikah di dalam bahasa lainnya digelar sebagai anak tidak sah taraf. Terdapat beberapa perkara yang timbul di dalam isu ini antaranya ialah:
· Sabitan Nasab “al-firash”
· Boleh dinasabkan kepada nama selain dari Abdullah? Dalil.
· Implikasi dari hukum yang membenarkan penasaban kepada anak yang lahir dari umur perkahwinan lebih dari 6 bulan dan kurang 9 bulan.
· Perbandingan antara hukum Sivil dan Syariah di Malaysia di dalam menangangi isu anak tidak sah taraf
Pembentang
Ustaz Zamri Shafik
Pengerusi PUM Selangor.
Fakta berkaitan
Petikan akhbar
Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai 2008. Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKRSubang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.
Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak
yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah. Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa. Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.
Tarikh dan Masa
27 Jun 2010
Ahad malam Isnin
9.15 malam
Tempat :
Masjid Sultan Hishamudin,
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
SEMUA PARA USTAZ BERDEKATAN DIJEMPUT HADIR DAN MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM MUZAKARAH.
ORANG AWAM DIALU-ALUKAN UNTUK MENGIKUTI MUZAKARAH.
0 Comments