Berdakwah kerana Islam adalah agama yang hebat

Kebertanggung jawaban untuk berdakwah berteraskan kepada keyakinan bahawa Islam adalah agama yang paling hebat dan yang paling betul berbanding agama yang lain. Atas keyakinan ini, kita berasa bertanggungjawab untuk menyebarkan kebaikan dan memastikan orang lain sama turut menikmati kebaikan yang ada dalam agama kita. Kalau tidak, masakan kita sanggup berhabisan untuk melaksanakan gerak kerja dakwah ini.

Kalau kita rasa Islam tiada apa-apa yang istimewa dan lebih malang lagi kita pula rasa tidak memerlukan apa apa panduan dari Islam, mungkin itu antara sebab kenapa orang malas untuk melaksanakan aktiviti dakwah.

Post a Comment

2 Comments

habibansory said…
Assalamualaikum,
memang benar artikel ustaz ini, atas dasar Islam agama yang benar lagi hebat, maka usaha dakwah tidak boleh dihentikan. malah perlu diperhebatkan lagi dengan pelbagai teknik yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan mad`u. Jika ustaz pernah menonton filem yang bertajuk `Sang Murabbi` , rasanya diri kita amat kerdil dalam usaha menyampaikan risalah dakwah ini. pada pendapat saya , baik disarankan semua kader-kader dakwah menonton filem ini sebagai suntikan semangat dan motivasi ke arah itu. wallahu `aklam
Unknown said…
Assalamualaikum...

Saya org baru dlm blog ini, byk info yg saya dapat semoga usaha dakwah diteruskan lagi...