PENDIDIKAN SEKS DALAM TRADISI PENGAJIAN ISLAM

Dalam tradisi pengajian ilmu Islam, silibus pendidikan seks telah diterapkan di dalam pembelajaran fiqh terutamanya di dalam fiqh bersuci dan fiqh perkahwinan. Seks bukanlah menjadi subjek utama dalam pengajian Islam kerana pengetahuan tentang seks merupakan perkara tabiee yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua haiwan, termasuk manusia. Cuma, tabiee ini perlu dibentuk agar segala naluri itu disalurkan secara betul dan pada tempat yang betul. 


Oleh kerana seks merupakan keinginan semua manusia maka bimbingan daripada wahyu  amat penting agar manusia dapat menyalurkan keinginan nafsu ini dengan cara yang betul dan juga dapat mengelakkan manusia tewas dari runtunan nafsu. 

Di dalam Islam, Ia diterapkan secara tidak langsung di dalam pengajian hukum bersuci, solat, dan juga dalam bab akhlaq kerana seks bukanlah sesuatu yang perlu disensasikan. Naluri manusia yang berkaitan dengan seks ini perlu dibentuk menerusi pembelajaran hukum hakam dan akhlaq Islam bagi membentuk pengetahuan seks yang sihat. Sekiranya pendidikan seks yang ingin diperkenalkan sebagai satu cara untuk mengatasi masalah mengandung tanpa nikah atau pembuangan bayi yang berleluasa sejak sedekad dulu, pembelajaran seks secara khusus dibimbangi tidak menyelesaikan masalah. 

Perkasakan pendidikan Islam, pelbagaikan pendekatannya dan banyakkan masa pengajarannya, selain daripada mengambil langkah yang serius dalam menangani budaya zina yang berleluasa pada masa kini. Kukuhkan aspek malu yang bertempat kerana ia merupakan akhlak penting dalam perkara yang berkaitan dengan seks. 

Sekiranya, pendidikan seks itu untuk keperluan pengajaran sains, ia tidak perlu dijadikan sebagai satu subjek khusus. Selitkan sebagai satu unit kecil di dalam pendidikan sains agar ia tidak dijadikan bahan yang perlu dihighlightkan dan disensasikan. Paling penting dari itu ialah, kaitkan dengan kebesaran Allah yang menjadikan manusia dari tiada kepada ada, seterusnya dari ada kepada tiada (mati), kemudian akan dibangkitkan semula. 

Adakah seks itu merupakan isu asasnya, atau pendidikan agama yang tidak memada, atau cabaran luar yang semakin hebat yang menuntut pendekatan pengajaran yang lebih terkedepan?

Contoh pendidikan seks di dalam Islam - meletakkan malu sebagai elemen penting. 

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ امْرَأَةً مِنَ الأَنْصَارِ قَالَتْ لِلنَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - كَيْفَ أَغْتَسِلُ مِنَ الْمَحِيضِ قَالَ « خُذِى فِرْصَةً مُمَسَّكَةً ، فَتَوَضَّئِى ثَلاَثًا » . ثُمَّ إِنَّ النَّبِىَّ - صلى الله عليه وسلم - اسْتَحْيَا فَأَعْرَضَ بِوَجْهِهِ أَوْ قَالَ « تَوَضَّئِى بِهَا » فَأَخَذْتُهَا فَجَذَبْتُهَا فَأَخْبَرْتُهَا بِمَا يُرِيدُ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم

Dari Aishah, seorang perempuan dari kaum Ansar bertanya kepada Rasulullah "Bagaimana bersuci daripada haid?". Rasulullahh bersabda "Ambillah kapas yang diletakkan bauan kasturi, dan bersucilah dengannya". Kemudian Rasulullah berasa malu dan memalingkan mukanya. Aishah berkata "Aku menarik perempuan itu dan menjelaskan kepadanya apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu". Muttafaq Alayh.


Post a Comment

0 Comments