Selamat menjadi pengurus nafsu yang bijak

Ramadan mengajar manusia mengenal batasan, yang mana boleh dan yang mana tak boleh. Walaupun kurang satu minit sahaja, tetap makan tidak dibenarkan sehinggalah betul-betul masuk waktu. Manusia menjaga waktunya sehingga sanggup tidak makan dan tidak minum malah perokok tegar pun tidak merokok lantaran menjaga dsiplin yang Allah telah tetapkan.

Dengan kata lain, puasa membentuk manusia menjadi orang yang berdsiplin, tahu batasan halal dan haram. Ini kerana orang yang berjaya hidup di atas muka bumi ini ialah orang yang berdsiplin di dalam hidup. Tanya lah siapa pun di kalangan orang yang berjaya, sama ada di kalangan petani, penoreh, guru, pelajar, pedagang dan sebagainya, semuanya berdsiplin. Kalau tidak masa kan mereka boleh berjaya.

Kalau masuk kerja ikut suka, nak toreh pokok getah ikut suka, nak berniaga ikut suka – boleh berjaya ke kalau macam tu?

Puasa telah menahan manusia daripada “makan” yang merupakan suatu fitrah dan keinginan semua manusia hingga ada manusia yang hidup kerana nak makan. Tiada manusia yang tidak makan, dari budak kecil hingga orang tua. Sungguhpun makan itu sangat dekat dengan manusia, tetapi Allah melarang manusia daripada “makan” pada waktu-waktu tertentu dalam bulan puasa untuk menjadikan manusia lebih berdisplin di dalam hidup dan mengajar manusia agar membentuk nafsunya.

Seorang yang berpuasa dididik agar menjadi seorang pengurus nafsu yang baik.

Orang yang gagal dalam menguruskan nafsunya merupakan orang yang zalim, fasiq, munafiq dan kafir. Contohnya ialah
membunuh orang
mengambil / memberi rasuah
tidak solat
menipu
berzina
syirik

Berjayakah puasa mengubah kita menjadi pengurus yang bijak

Pandangan Ust. Hasrizal - berpuasa itu mengurungkan nafsu. Nafsu yang terkurung itu masih lagi ganas melainkan setelah dijinakkan. Jinak lah nafsu itu dengan membaca quran, mengaji, solat malam dan sebagainya.

Post a Comment

1 Comments

salam ramadan selamat puasa