Istimewa puasa berbanding amalan yang lain ialah ia merupakan amalan yang tidak perlu dikerjakan, tetapi hanya perlu untuk bertahan sahaja dari perkara yang membatalkan. Orang Perak kata kena "tehor" je. Kalau ibadat lain, ia perlu dikerjakan seperti solat yang diperlu dilakukan wuduknya dan amali yang lain.
Ia kelihatan sesuai untuk pemalas kerana cukup dengan bertahan sahaja tanpa melakukan sebarang amalan. Walau bagaimanapun, yang disuruh untuk ditahan itu adalah “makan”, maka itu yang tak tahannya tuh. Ramai juga yang tewas dengan ujian ini.
Apa yang diperhatikan bahawa orang Melayu kelihatan agak rajin mengamalkan ibadat puasa berbanding dengan solat. Puasa buat, solat belum tentu.
Ada orang kata, orang arab rajin solat, tapi bab puasa ni malas. Emmmm, kalau betullah pemerhatian itu, orang arab ni jenis kurang sabar, sebab itu tak berapa rajin puasa. Berbanding dengan orang melayu yang macho dan terlebih sabar agaknya, maka mereka tu rajin puasa.
0 Comments