Mendoakan keampunan kepada orang bukan Islam dilarang secara ijmak. Manakala mendoakan hidayah untuk orang bukan Islam dibenarkan, malah digalakkan.
Diperhatikan dari sirah Rasulullah, Baginda telah menyampaikan dakwah kepada semua orang dengan sepenuh kudrat tenaga yang ada pada Baginda. Segala harta, tenaga dan masa malah nyawa pun telah Baginda gadaikan demi untuk mempertahankan Islam. Ini bermakna Baginda telah melaksanakan perintah Allah dengan gigih dengan harapan mereka akan menerima Islam.
Di samping usaha yang gigih itu, Baginda juga ada menadah tangan berdoa untuk orang kafir secara umum dan secara khusus.
Untuk umum, pernah Baginda mendoakan
“Allah, berikanlah hidayah kepada kaumku, kerana mereka tidak mengerti”
Doa ini dipanjatkan apabila Jibril menawarkan kepada Baginda untuk menghapuskan penduduk Taif yang telah mencederakan Baginda apabila memulakan usaha dakwah di sana. Baginda bukan sahaja menolak tawaran ini, malah Baginda mendokan hidayah kepada mereka lantaran mereka tidak tahu.
Untuk khusus pula, Baginda telah mendoakan untuk beberapa orang bukan Islam seperti kepada Ummu Hurayrah dan Daus.
Doa Baginda kepada Omar bin al-Khattab dan Abu Jahal ada sedikit keistimewaan kerana Baginda mendoakan agar agama Islam mendapat kekuatan dengan kemasukan salah seorang dari mereka ke dalam Islam.
Ini bermakna bukan semua orang Islam yang didoakan secara khusus tetapi kepada orang yang berjinak dengan Islam seperti dalam kes Ummu Hurayrah, mendekatkan mereka dengan Islam seperti dalam kes Daus, dan juga kepada orang berpotensi boleh mengukuhkan kekuatan Islam seperti dalam kes Omar.
Keharusan berdoa untuk non-muslim ini adalah umum, tidak kira samaada ketika berkhutbah mahupun pada waktu-waktu yang lain. Ini kerana tiada dalil yang jelas mengharamkan doa hidayah ketika khutbah manakala perbuatan nabi yang tidak mendokan hidayah ketika khutbah bukanlah bererti perbuatan ini salah dilakukan ketika khutbah
Kalau pun mungkin mendoakan non muslim ketika khutbah itu dianggap tindakan yang tidak sesuai oleh sesetengah pihak, janganlah mengganggap keseluruhan tindakan itu salah. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

0 Comments