Cina masuk masjid sensitif, tapi sedarkah ..

Hukum orang kafir masuk masjid telah dibahaskan oleh para ulama. Antaranya boleh klik disini.

Sungguhpun dari sudut hukum, ia dibenarkan, tetapi di dalam masyarakat Malaysia ia kelihatan janggal, tidak sesuai, tidak patut dan sebagainya. Malahan sesetengah pihak mengganggapnya sensitif dan menceroboh hak orang melayu dan mencemar kesucian masjid. Itulah sikap prejudis dan semangat perkauman sempit yang menebal yang tidak diketahui dari gunung mana asal usulnya.

Sedarkah kita, sikap beginilah yang boleh menyebabkan dakwah Islam tidak sampai kepada mereka.

Sila teliti kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pensyarah dari Universiti Malaya. Mereka mendapati bahawa

1. Hampir keseluruhan menyatakan tidak berminat untuk mengetahui tentang Islam, manakala sebahagian kecil yang berminat untuk mengetahui tentang Islam memberi alasan bahawa ia berpunca daripada sikap positif orang Islam dan bacaan yang didengari dari masjid menenangkan.



2. Hampir separuh iaitu sebanyak 147 orang atau 49.7% beranggapan masjid hanya untuk orang Islam sahaja.


3. 92.9% menyatakan tidak pernah menyertai aktiviti yang dilaksanakan oleh masjid di kawasan tempat tinggal mereka.

4. 87.5% menyatakan mereka tidak pernah dijemput untuk menyertai aktiviti masjid yang dilaksanakan.

5. 99.0 % menyatakan tidak ada keinginan untuk mencadangkan sebarang usul / cadangan kepada pihak masjid.

6. 54.7% merasa selesa tinggal berhampiran masjid, manakala 38.2% menyatakan rasa biasa sahaja.

Sila lihat
Ab. Aziz Mohd Zin et al. (2008). Perasaan orang bukan Islam terhadap laungan suara, bacaan dan aktiviti masjid di negeri Selangor. Jurnal Usuluddin, 27: 109-119.
Boleh download di sini.



Sila teliti juga hasil analisis terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam perkara yang berkaitan dengan non-Muslim. Sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/

Analisis mendapati bahawa hanya sejak ditubuhkan Majlis Fatwa dari 1971 hingga 2000, iaitu dalam tempoh 30 tahun, hanya 3 fatwa sahaja yang dikeluarkan. Tidakkah ia merupakan jumlah yang amat sedikit sedangkan pada 1969 merupakan tahun berlakunya pergaduhan kaum yang membawa kematian lebih 2000 orang. Dengan sedikitnya fatwa itu, boleh dianggap menandakan hubungan antara melayu dan Non Muslim lebih dikuasai oleh adat, budaya dan mungkin juga persepsi negatif terhadap mereka. Kalau berasaskan agama, tentunua banyak sekali persoalan yang timbul dan pihak bertanggungjawab terhadap agama mengambil action terhadap permasalahan yang berlaku. Sila dapatkan di sini atau di sini.


Sejak 2000 baru mula beberapa persoalan yang diajukan kepada pihak majlis fatwa untuk bertanyakan tentang hukum yang berkaitan dengan non muslim seperti hukum mengucapkan selamat hari raya kepada non-Muslim sempena hari raya mereka dan hukum kongsi raya.

Ini baru mereka masuk masjid, belum lagi bagi wang zakat kepada mereka. Lagi lah gegak gempita bumi Malaysia yang bertuah ini. Sedangkan al-Quran sudah sebut hukum Muallaf ini lebih awal lagi.

Urut lah dada kita, tanyalah usaha dakwah yang telah kita lakukan.

Urut sekali lagi, tanyalah adakah kita pernah pada Allah minta untuk dilahirkan sebagai melayu dan ada tak perintah dalam Quran untuk mempertahankan melayu sebagai mana perintah mempertahankan Islam.

Tidak dinafikan mempertahankan bangsa itu suatu tuntutan, tetapi ia bukanlah mengatasi mempertahankan Islam.

Wallahu a'lam.

Post a Comment

3 Comments

Anonymous said…
Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam Neraka.
At Taubah ayat 17
Ayat ini tiada kaitan dengan isu yang dibincangkan. Kita bincang tentang dakwah manakala ayat ini turun kepada kafir qurasyh yang menguruskan masjidil haram dan melakukan perkara yang berlawanan dengan perintah tuhan.

Dalam isu ini, takkan orang kafir yang datang sekali sekala ke masjid membawa maksud mereka mengimarahkannya.

Dalam isu ini, kita bukan ajak mereka untuk makmurkan masjid, tapi dalam proses menjinakkan mereka dengan masjid dan Islam.
Anonymous said…
sokong dgn pendapat ust,, lagi pn lebih jelek dipandang apabila wanita ISLAM sendiri yg masuk masjid tp xbertudung jika dibandingkan dgn oran cina yg sememangnya tidak wajib bertudung ( tidak Islam ). lagi pun "dia" masuk kedalam masjid untuk menghulurkan bantuan bukannya mengharu-birukan keadaan masjid...