Wednesday, October 13, 2010

Antara isu-isu yang melibatkan non-Muslim

Berikut adalah beberapa isu berkaitan agama yang dibangkitkan oleh pihak tertentu yang dipercayai untuk kepentingan politik tetapi dari satu sudut yang lain ia dapat memberikan peluang untuk menghilangkan persepsi negative non-Muslim terhadap Islam. Ia juga memberi ruang penerangan kepada orang Islam (baca: melayu) tentang hakikat Islam yang diturunkan untuk semua manusia.

  • Pembatalan perarakan maulud nabi oleh non-Muslim
  • Perobohan kuil hindu – kepala lembu
  • Penggunaan kalimah Allah oleh Kristian
  • Doa kepada non-Muslim
  • Non-Muslim tak buleh masuk masjid - Sila klik
  • Pemberian duit judi kepada warga emas

Ada sapa nak tambah? Masukkan dalam komen.



Kalau tiada isu-isu ini dibangkitkan pun, tak de sebab nak bagi tau kat orang cina yang kamu boleh masuk masjid. Sebenarnya, dia pun heran, sebab selama ini, banyak masjid yang dia buat, malah sebelum pak imam naik mimbar pun dia dah naik dulu. Pasal apa tiba-tiba heboh yang dia tak boleh masuk masjid.

2 comments:

Anonymous said...

Salam....sebenarnya bila isu-isu yang melibatkan non-muslim ini pada awalnya dicetuskan atas kepentingan parti politik tertentu tetapi saya beranggapan ianya merupakan satu wahana kepada kita untuk menyerlahkan apa yang ada dalam Islam. Dahulu, saya tak pernah terfikir dan didedahkan isu-isu sebegini tetapi bila keadaan berubah, isu-isu umat Islam semakin menuntut kepada perbahasan ilmu yang lebih mendalam. Apa pun sebenarnya semua orang kena berlapang dada, ikhlas dan jujur dalam menerangkan isu-isu begini... ketepikan keperluan kepentingan masing-masing...Sampaikan walau satu ayat tentang keindahan islam kerana itulah jihad yang setakat ini mampu dilakukan... bila lagi...

Anonymous said...

Lantaran ajaran sapa pon tak tau, org melayu seolah2 menjadikan agama islam sbg hak eksklusif mereka. Justeru, masakan orang melayu dpt berlapang dada bila isu2 sebegini timbul kecuali mereka kembali kpd permasalah asal iaitu tidak memahami agama lebih menyeluruh atau dgn kata lain tidak belajar!!! Jadi, utk memecahkan tembok ini, memerlukan org yg tahu pula berada dihadapan