Islam bukan agama rasional?

Islam bukan agama falsafah yang mementingkan rasional di sebalik pensyariatan sesebuah perundangan Islam atau menuntut satu standard kepada perundangan itu. Setiap hukum Islam mestilah merujuk kepada nas walaupun ia kelihatan bertentangan dengan rasional.
Hakikatnya, perundangan Islam tidak bertentangan dengan akal dan rasional tetapi ia mungkin bertentangan dengan nafsu atau kejahilan manusia itu sendiri.

Sebagai contoh – “Islam merupakan agama yang mementingkan kebersihan”. Pernyataan ini adalah hikmah dan falsafah perundangan Islam. Tapi dalam menentukan hukum bukan berdasarkan kepada itu, tetapi kepada nas. Kalau ikutkan falsafah itu, cara membasuh khuf bukan di atas tetapi di bawah. Begitu juga, kalau kentut kenapa muka yang perlu dibasuh. Sepatutnya bahagian punggunglah yang perlu dibasuh.

Kita dapat fahami di sini, Islam adalah agama yang reality, iaitu melihat sesuatu perkara itu secara kes demi kes, kerana ia perlu bersandar kepada nas. Bukan secara generalisasi lantaran ia bukan agama yang bersifat falsafah.

Bidang kedoktoran ialah bidang yang reality, bukan falsafah. Untuk mengubat seseorang yang mengadu sakit kepala, bukan boleh dibuat dengan berfikir (secara falsafah) semata-mata. Ia perlu melihat kepada fizikal kepala itu sendiri. Tidak boleh dikiaskan sahaja sakit perut dengan sakit kulit atau luka. Kalau luka, boleh bubuh ubat sapu atau diikat dengan bandage, tetapi tidak semestinya begitu kalau sakit perut. Takkan nak diletakkan bandage di perut. Masing-masing ada ciri masing-masing yang perlu dilihat secara kes by kes.

Post a Comment

2 Comments

PANITIA BIOLOGY said…
Salam...
Khuf itu apa, ust?
Khuf atau muzah ialah sejenis stoking yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagian kaki yang diwajibkan basuh ketika berwudhu’ iaitu kaki dan buku lali ke atas, seperti sarung kaki. Bahagian khuf yang disapu ialah bahagian luar sebelah atas bukan tapak.

Menyapu khuf adalah sebagai gantian bagi membasuh kedua-dua belah kaki dalam berwudhu’. Ia adalah suatu rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan oleh syara‘ untuk kemudahan umat Islam terutamanya ketika musim sejuk.

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/khuf.htm