Kenapa kita berdoa? Allah tak tau masalah kita?

1. Adakah Allah tidak tahu bahawa kita ni susah, sakit, miskin, nak periksa, ditimpa musibah?. Kalau Allah tahu dan sememangnya tuhan maha mengetahui, maha mendengar dan maha berkuasa, malah Dia yang memberikan semua itu, APA PERLUNYA LAGI KITA BERDOA? Kalau kita susah, ditimpa musibah dan sebagainya, Allah terus sahaja membantu, tanpa kita perlu berdoa dan mengadu kepadaNya. Apakah sebenarnya tujuan kita berdoa?


2. Realitinya, ramai di kalangan manusia yang hanya bersungguh-sungguh meminta atau berdoa kepada Allah, atau melakukan solat hajat berjemaah bila ada musibah, anak nak periksa, sakit, kena rasuk hantu dan sebagainya. Buat solat hajat perdana lagi. 

3. Sebenarnya, kita berdoa kepada Allah bukan sebab kita miskin, atau sakit, atau susah, atau ketika ditimpa musibah. Tetapi tujuan kita berdoa ialah untuk menunjukkan perhambaan kita kepada Allah. Kalaulah doa itu sebab kita susah, maka orang kaya dan orang sihat tidak lagi perlu untuk berdoa. 

4. Orang yang memperoleh kekayaan, kemenangan, kepandaian, kehebatan pangkat dan sebagainya tetapi sentiasa menadah tangan kepada Allah, itu merupakan tanda bahawa ia memperakui semua itu adalah kurniaan dari Allah. Bukan disebabkan oleh usaha mereka, kepandaian mereka, kehebatan mereka. Allah yang memberikan kurniaan yang tidak terhingga dan manusia hanya mengusahakannya. 

5. Orang kaya, pandai, hebat dan sebagainya, tetapi masih lagi boleh menadah tangan berdoa kepada Allah, itu tanda seseorang itu bersyukur, merendah diri, tidak sombong dan mampu menurunkan egonya. Sebaliknya, sekiranya gagal untuk berdoa, malah jarang sekali berdoa, tanda bahawa hati itu keras, kasar, bongkak, sombong dengan Allah.

6. Justeru, doa yang merupakan intipati kepada ibadat kerana tujuan ibadat ialah untuk melahirkan manusia yang sentiasa menaruh harap kepada Allah dan sentiasa mempunyai sifat tawakkal serta merendah diri dengan Allah. Inilah juga intipati dari pengertian “solat” pada sudut bahasa iaitu “doa”. Malah semua ibadat mengandungi doa. Dalam solat, puasa, zakat dan haji semuanya ada doa. 
الدعاء مخ العبادة
Maksdunya: Doa adalah otak kepada ibadat

7. Realitinya, tidak semua apa yang kita inginkan dan mohon dari Allah itu dapat semuanya. Kalaulah semua yang manusia nak itu dapat, maka tiada orang miskin, tiada orang bodoh, tiada orang buruk, tiada orang susah. Tetapi kita dituntut untuk berdoa dan tidak boleh untuk merungut kerana apa yang kita minta itu, sekiranya ikhlas, Allah akan makbulkan di akhirat nanti. Tetapi, kalau merungut, tidak akan dapat peroleh apa-apa di akhirat nanti.

Apa yang perlu kita mohon?

8. Kita memohon supaya Allah berikan kepada kita keampunan dan hidayah yang berterusan kepada kita. Walau apa pun posisi kita dan kedudukan kita di dalam masyarakat, tetapi biarlah kita berada di bawah bimbingan Allah swt.


Kenapa dalam berdoa kita perlu memuji Allah dan menyebut kebesaran Allah?

9. Bila kita puji Allah dengan pujian yang melangit, nak tunjuk bahawa kita ni sangat kerdil. Justeru, lagi puji Allah dalam doa, lagilah baik doa itu. 


10. Kandungan doa dari Rasulullah simple sahaja. Tidak sangat berbelit. Bukan lafaz itu yang sangat signifikan, tetapi pergantungan harap kepada Allah itulah yang sangat signifikan.

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ لَهُ عِنْدَ الشَّدَائِد وَالْكُرَب فَلْيُكْثِرِ الدُّعَاء فِى الرَّخَاء

Maksudnya : “Barangsiapa yang ingin Allah menerima doanya pada masa kesusahan dan malapetaka hendaklah sentiasa berdoa semasa senang dan keadaan gembira.” ( Riwayat at-Tirmizi )

Dan lagi sabda Rasulullah s.a.w :


مَا مِنْ مُسْلِمْ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِلّهِ تَعَالَى فِى مَسْأَلَةٍ إِلاَّ أَعْطَاهَا إِيَّاهُ، إِمَّا أَنْ يُعَجِّلَهَا لَهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ (مسند الإمام أحمد)

Maksudnya : “Apabila sahaja seseorang Muslim mendingakkan kepalanya untuk meminta sesuatu, Allah pasti akan menganugerahkan kepadanya perkara tertentu. Samada ia dianugerahkan perkara itu secara segera atau disimpankan baginya di dalam dunia atau di alam akhirat kemudian.”

Wallahu a'lam. 

Post a Comment

4 Comments

prihatin said…
Allah menyatakan Dia suka mendengar kita memuja memuji dan mohon pertolongan dariNya.
Kerana itu berdoa termasuk ibadah yg diberi pahala seperti kita berzikir mengingatiNya.kalau kita berzikir tika susah n srnang maka doapun gitu juga.
@nurfurqan said…
Kita yang lemah ni, jarang-jarang nak berdoa bersungguh-sungguh merintih mengharapkan pertolonganNya. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini.
Unknown said…
Yang penting itu bukan apa yg kita minta , tetapi sebagai menyatakan kita ini hamba yg kerdil dan sentiasa bergantung kepada belas ihsan Allah.
Unknown said…
Salam saya nk tnye skit....kenapa bila kite solat dan doa diatas niat utk allah murah kn rezeki kite...tp sometime rase susah nk dpt bende² ni.tp sedangkn kawan² lain yg x pernah solat dan doa murah plak rezeki mereka malah melimpah ruah dri semua aspek...kadang² diri ni kate x adil...tp saya percaya sesungguhnye perancangan allah utk hambe² nye adelah lebih baik...mintak tlong ustaz huraikn soalan saya ni ustaz...
Tq