Taqlid kalau gagal menjawab soalan ini?

Tersebut di dalam kitab tauhid, sesiapa yg bertaqlid di dalam bab aqidah, maka imannya dalam keraguan. Orang yg taqlid ialah orang yang percaya pada aqidah, tetapi gagal memberikan penjelasan kenapa dia mempercayai perkara itu. Walau bagaimanapun, Imannya sah, tetapi goyah kerana gagal memberikan penjelasan. Dikhuatiri kalau ada orang meragukannya, ia mudah percaya. 

Begitu juga, pegangan orang taqlid berasaskan kepada falsafah hidup yg kurang yakin pada Allah. Mudah dipengaruhi dengan fahaman yg mengelirukan seperti liberal dan pluralisme. Justeru, taqlid sangat tidak digalakkan kerana orang yg menjadi pak turut dalam bab tauhid mudah diragukan / digoyahkan pegangannya.


Sejajar dengan perkembangan serangan pemikiran dalam dunia moden hari ini, orang sudah tidak lagi minat dgn tuhan. Buktinya, kita tidak lagi jumpa dengan orang yang sembang tentang tuhan, tetapi membicarakan soal kehidupan. Rumah, pinjaman, insuran, kereta, hobi, dll. Apa yg selalu disebut, itulah keperluan dia. Justeru, menghafal sifat 20 dan dalil "baharu alam" tidak cukup untuk berhadapan dengan serangan pemikiran dalam dunia moden. Mereka bukan sahaja hilang keyakinan dgn Islam, tetapi mempersoalkan tentang perkara asas di dalam agama.

Justeru, mengembalikan kefahaman tentang perkara asas dalam agama sangat penting. Berikut adalah beberapa persoalan asas tentang aqidah, menyemtuh falsafah dari beriman dengan 6 rukun iman. Sekiranya tidak dapat menjawabnya dikhuatiri masih taqlid kerana tidak dapat menjelaskan perkara asas dalam aqidah.


1- Allah 
Kenapa kita perlu percaya wajib ada tuhan?
Kenapa tuhan itu satu?
Kenapa tuhan tidak dapat dilihat ?

2- Malaikat 
Kenapa malaikat ramai, kerana kalau lah Allah betul2 berkuasa, kenapa ia perlu kepada malaikat utk membantunya?
Apa pentingnya malaikat kepada kita?

3- Rasul 
Apa pentingnya rasul pada kita ?
Kenapa rasul dikalangan orang biasa? 

4- Kitab 
Apa pentingnya kitab pada kita ?
Bagaimana alQuran itu sesuai untuk semua zaman sedangkan ia diturunkan 1400 tahun yg lalu?
Kenapa kita perlu kepada kitab sedangkan kita sudah didatangkan rasul? 

5- Hari kiamat
Apa pentingnya pembalasan bagi kita? 
Lojikkah ada hari kebangkitan semula, sedangkan semua manusia sudah mati?
Kenapakah manusia buat dosa setahun (contohnya), tetapi dia disiksa selamanya.. Adilkah dia?

6- Qada qadar
Apa pentingnya qada qadar pada kita ?
Tidakkah Allah sebut dalam quran, "Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa melainkan mereka sendiri yg mengubahnya" - Ini bermakna takdir kita ditangan kita.

Post a Comment

0 Comments