Permasalahan pelaksanaan Hudud di Malaysia bukan sangat disebabkan oleh namanya hudud, tetapi disebabkan hudud itu merupakan undang-undang yang berteraskan agama, yang mahu dikenakan kepada orang ramai. Orang yang berfahaman sekular sukar menerima pendekatan ini kerana agama bagi mereka hanyalah bersifat personal dan spiritual. Mereka juga berasa tidak perlu kepada agama atau menggunakan agama apabila perlu sahaja. Apabila perintah agama ingin dijadikan undang-undang yang dikenakan kepada mereka, mereka sukar menerimanya.
Hal ini boleh dilihat dalam isu pemisahan kaunter antara lelaki dan perempuan. Ada orang yg tidak boleh terima pemisahan antara lelaki dan perempuan kaunter pembayaran atas alasan mengurangkan pergaulan antara lelaki dan perempuan yg agak bebas. Ini kurang digalakkan di dalam Islam. Mereka sukar menerima arahan ini kerana alasan kepada arahan itu berteraskan perintah agama. Tetapi, mengkhususkan koc keretapi untuk perempuan sahaja, boleh diterima pulak kerana alasannya mengelakkan gangguan seksual. Walapun ada yang bising, tetapi diteruskan sahaja. Inilah sekular.
Perkara yang sama juga dengan arahan menutup aurat yang ramai di kalangan umat Islam memandang rendah perintah ini. Kerana ia adalah arahan agama. Tetapi sebagai nurse atau tukang masak yang perlu memakai pakaian uniform yang tertentu, tidak pula komplen kenapa nurse wajib pakai putih, kenapa tidak hitam aje.
Penolakan ini berpunca dari penolakan / keraguan terhadap Islam sebagai agama yang mempunyai ciri universal yang boleh mengatur dan mengawal tingkah laku manusia. Ini merupakan cabaran yang hebat kerana dalam dunia moden, masyarakat lebih cenderung untuk menerima nilai yang universal berdasarkan kepada elemen rasionalisme. pluralisme dan demokrasi. Ini jelas di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Contohnya, seseorang ketua agak keberatan untuk membuat peraturan berasaskan kepada arahan agama seperti tidak membenarkan tukang gunting berlainan jantina dan memisahkan lelaki dan perempuan ketika membayar di kaunter.
Contoh lain ialah di dalam sesebuah organisasi yang mempunyai ahli yang berlainan agama dan bangsa. Apabila mereka ingin menganjurkan hari keluarga atau sambutan hujung tahun, pengisian program yang berasaskan agama biasanya dielakkan. Sekiranya ada pihak yang inginkan program tari menari atau tarian gelek, sukar bagi orang Islam yang cintakan agama memberikan alasan untuk tidak membenarkan program itu atas larangan agama. Untuk mengelaknya jugak, pelbagai alasan lain terpaksa dicipta untuk menghalang program itu.
Di dalam masyarakat yang berbilang kaum, dilemma ini biasa berlaku kerana perbezaan system nilai. Namun, yang menyedihkan kerana perbezaan kefahaman tentang agama. Contohnya, mereka yang berfahaman bahawa Islam hanyalah agama peribadi sahaja akan berbeza niilai dengan mereka memahami Islam adalah agama yang mengatur kehidupan manusia.
Hudud merupakan undang-undang yang mengatur kehidupan manusia. Oleh kerana ia merupakan peraturan yang berasaskan agama, kelihatan ia sukar untuk diterima oleh masyarakat Islam yang sekular, termasuk juga yang liberal. Sekiranya yang menolaknya bukan Islam, itu memang tidak menghairankan kerana agama yang mereka anuti seperti Kristian, Budha dan Hindu berteraskan sistem sekular. Tetapi sekiranya yang menolak itu terdiri dari orang Islam, ini bermakna ia sama dengan penganut agama lain yang secular.
Yakinlah dengan Islam. Ia adalah agama yang terbaik cuma manusia perlu memanfaatkan akal untuk berfikir dengan lebih mendalam untuk mencari jawapan disebalik arahan Allah dan memikirkan cara untuk melaksanakannya.
0 Comments