Pada asasnya doa boleh dibaca pada waktu yg munasabah tetapi tidak ada hadith wajib atau sunat membaca doa awal tahun atau akhir tahun. Malah, Taqwim hijrah ditentukan pada zaman Saidina Umar RA. Maknanya Rasulullah tidak mengenali amalan ini. Namun, amalan muhasabah atas apa yang dilakukan adalah sunnah yang dituntut dalam Islam.
Dan doa akhir tahun adalah salah satu bentuk muhasabah atas amalan yang telah dilakukan pada tahun tersebut dan doa awal tahun adalah harapan utk kebaikan dalam tahun hadapan. Tidak boleh beriktikad bahawa amalan membaca doa awal dan akhir tahun sebagai wajib atau sunat adalah salah.
Kepada surau atau masjid yang ingin menganjurkan program ini, dicadangkan agar diadakan pd malam itu takzkirah atau kuliah tentang apa2 isu termasuk muhasabah akhir tahun.
Menganjurkan program sambutan awal tahun hijrah, meskipun tidak diamalkan oleh Rasulullah ia merupakan kebijaksanaan pendakwah dalam usaha memberikan kesedaran Islam kepada masyarakat. Di saat ada sambutan kepada tahun baru masihi, ada baiknya kita juga menganjurkan sambutan tahun baru hijrah yang bertujuan untuk menunjukkan keprihatinan kita kepada peristiwa penting di dalam Islam. Namun kita perlu akur ia bukan sambutan yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah. Ia adalah suatu usaha dakwah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat. Ini bertepatan dengan kaedah umum yang terdapat di dalam Islam yang menganjurkan kita menyuruh kepada amal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.
Kesimpulan
Boleh buat sambutan awal /akhir tahun dengan tidak mengaitkannya dengan fadilat tertentu dan doa tertentu melainkan matlamat untuk memberikan kesedaran Islam kepada masyarakat.
0 Comments