“al-fatihah” Ketika Berita Kematian


Kerap kali kita mendapat sms atau wasap yang mengandungi berita kematian seseorang, dimulakan atau di akhiri dengan “al-fatihah”. Termasuk juga yang ditulis di papan kenyataan atau apa-apa medium iklan yang lain. Adakah ini mempunyai sandaran yang kuat dari Rasulullah? dan adakah ia merupakan amalan yang utama?

Mungkin yang dimaksudkan dengan “al-fatihah” ialah mengirim pahala “al-fatihah” kepada si mati. Tetapi amalan ini tidak pula warid dari Rasulullah. Namun, ianya adalah perkara khilaf di kalangan ulama sama ada amalan seperti bacaan “al-fatihah” atau apa-apa ayat Quran itu sampai kepada si mati. Terdapat di kalangan para ulama yang berpandangan bahawa ia tidak sampai seperti pandangan sebahagian besar golongan salafi. Walau bagaimanapun, terdapat ulama yang mengatakan bahawa bacaan itu sampai pahalanya dengan syarat pembaca meniatkannya kepada simati (Rujuk Fatawa Ibn Saqr).  Apa pun ia adalah perkara khilaf.

Perkara yang tiada khilaf di kalangan para ulama ialah mendoakan keampunan kepada simati. Seperti mana doa (ayat Quran) yang dibaca pada takbir yang keempat ketika solat Jenazah iaitu ayat ke 10 Surah al-Hashr.
 
 ربنا اغفرلنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنواربنا إنك رؤف رحيم

Ya Allah, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah terlebih dahulu meninggalkan kami. ...

Sekiranya dibuat pertimbangan antara dua amalan di atas, mendahulukan perkara yang tiada khilaf adalah diutamakan. Maksudnya, sekiranya kita ingin menyebarkan berita kematian atau nak ucapkan takziah sama ada menerusi lisan mahupun menerusi sms, wasap dan sebagainya, kita boleh tulis “Mudahan Allah mengampuninya” atau “Mudahan Allah menghapuskan dosanya” atau apa-apa lafaz yang meminta keampunan.

Selain itu, elok juga disebut bacaan di bawah iaitu bacaan ketika ditimpa musibah.

 الذين إذا أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه راجعون 

Pernah ketika mengajar di Sek Raja Perempuan Taayah, ada seorang pelajar minta izin keluar balik rumah sebab keluarganya yang terdekat sedang sakit. Saya telah membaca doa di atas. Lalu ada seorang pelajar menegur “Eh ustaz, tak meninggal lagi lah”. Saya balas “itu bukan doa dibaca untuk orang mati, tapi untuk apa-apa musibah”.

Bahasa Perak - frasa “dah qalu” membawa maksud sudah meninggal dunia.
 
 

Post a Comment

0 Comments