Sehari dua ni heboh isu
berkabung yang mengundang pelbagai pandangan di kalangan ilmuan dan
institusi fatwa. Ada yang mengambil pendekatan yang mengharamkan dan ada
pula yang mengharuskan. Ini berpunca dari ketiadaan nas yang jelas dalam perkara ini melainkan
pada wanita yang kematian suami.
Istilah berkabung ini ada disebut oleh Rasulullah dalam bentuk larangan kepada wanita dari berkabung atas kematian suami dalam tempoh yang sangat lama. Pada zaman jahiliyyah, seorang wanita dianggap tidak berharga, malahan ada yang menjadikan mereka sebagai harta pusaka setelah kematian suami. Oleh sebab itu, kematian suami merupakan suatu musibah yang besar kepada seorang isteri dimana nasibnya tidak menentu selepas itu. Islam datang dengan membela wanita, menaikkan martabat mereka dan tidak menjadikan kematian suami sebagai kehilangan segala-galanya. Malahan Islam telah memperuntukkan bahagian tertentu dari pusaka dari harta suami yang telah meninggal dunia. Bagi menunjukkan kesedihan atas kematian suami, Islam membenarkan berkabung dan tempoh itu tidak lebih dari 4 bulan 10 hari. Tempoh itu adalah bagi sebahagian wanita meliputi tempoh iddah mereka. Manakala kematian kaum kerabat, wanita dibolehkan berkabung tidak lebih dari 3 hari. Antara hikmah menghadkan berkabung kepada wanita ialah untuk meredakan kesedihan mereka.
Yang
dimaksudkan berkabung bagi wanita kematian suami ialah dengan tidak mengenakan
perhiasan pada badan, dan tidak keluar rumah dalam tempoh berkenaan melainkan
atas keperluan mendesak sahaja. Ia juga tidak digalakkan memakai pakaian yang
cantik, perhiasan dan bauan sebagai tanda kesedihan atas kematian suami
tercinta. Menurut Dr. Zuhaily, berkabung itu ialah ”meninggalkan bercantik” dan
beliau memperincikan nya dengan 6 perkara iaitu memakai perhiasan, bauan, minyak
rambut, bercelak, inai, baju yang cantik. Beliau menyatakan bahawa mengikut
empat mazhab, harus bagi perempuan memakai pakaian hitam melainkan malikiyyah
yang mengatakan tidak boleh sekiranya hitam itu adalah warna perhiasan bagi
kaum berkenaan.
Di dalam sejarah Islam, Rasulullah tidak pernah mengamalkan berkabung walaupun umat Islam pernah ditimpa dengan sejarah hitam seperti kekalahan dalam peperangan Uhud yang telah mengorbankan pada 70 para Syuhada. Begitu juga dalam sejarah Khulafa al-Rasyidin tiada istilah berkabung melainkan pada wanita. Dari sudut yang lain pula, amalan berkabung ini juga akan mendedahkan kelemahan negara kepada orang luar khasnya kepada negara yang sering berperang. Kerapnya negara berkabung menandakan banyak orang yang hebat telah terbunuh atau mati.
Apa yang jelas di sini ialah tidak wujud suatu nas yang khusus yang melarang masyarakat berkabung melainkan pada wanita sahaja. Barangkali pada ketika itu, tiada sebarang sambutan berkabung yang dilakukan di peringkat negara atau di peringkat kebangsaan, atau berkabung yang dilakukan oleh orang lelaki. Maka tidak wujud larangan mahupun suruhan atau amalan berkabung yang dilakukan oleh orang yang terdahulu.
Walau bagaimanapun, tidak semua amalan yang tidak dilakukan oleh Rasulullah dan para sahabat, kita tidak boleh amalkan. Terdapat berbagai amalan yang dilakukan oleh umat Islam pada masa kini seperti open house sempena aidil fitri selama sebulan, sambutan hari kebesaran Islam dan sebagainya. Walau pun tiada nas, semua sambutan itu tidak bercanggah dengan hukum Islam dan ia juga bertepatan dengan matlamat perundangan Islam. Semua sambutan itu positif dari sudut matlamat dan wasilahnya. Sebaliknya, ada amalan yang kelihatan macam tiada masalah pada zahirnya seperti yoga kerana ia hanyalah melibatkan gerakan tubuh badan sahaja, namun matlamat akhirnya yang dikhuatiri boleh membawa kepada syirik. Ia bukan sekadar meditasi biasa sahaja, tetapi berkait rapat dengan agama hindu.
Hal ini termasuklah berkabung kerana tiada larangan yang jelas. Namun, sekiranya dilihat dari sudut matlamat perundangan Islam (maqasid syariah) khasnya yang berkaitan dengan kematian, kita boleh menunjukkan kesedihan sehingga mengeluarkan air mata tetapi tidak sampai tahap meraung atau meratap. Rasulullah sendiri mengalirkan air mata ketika kematian anaknya. Kita perlu menerima qada dan qadar atas kematian yang pasti akan menimpa semua manusia. Sungguhpun berasa sedih, tetapi tidak wajar untuk terus bersedih sehingga kita yang hidup ini rasa putus asa dengan kehidupan kerana terlalu teringatkan si mati. Biarlah yang pergi itu pergi, namun kehidupan perlu diteruskan. Amalan berkabung dalam tempoh yang lama akan menyebabkan ingatan kepada si mati akan terus segar dan rasa kesedihan tidak reda. Oleh sebab itu, amalan berkabung itu tidak selari dengan matlamat perundangan Islam dalam bab kematian.
Ketika berlaku kematian termasuk apa-apa musibah, kita digalakkan menyebut Istirja’ iaitu menyebut “Inna lillahi wa inna ilayhi rajiun”. Kita juga boleh mendoakan keampunan kepada orang yang telah meninggal dunia, dan amalan ini tiada khilaf kerana jelas ada asas di dalam al-Quran. Kita juga boleh membaca al-Quran dan amalan kebajikan yang dihadiahkan kepada si mati juga boleh amalkan walaupun ada khilaf di kalangan ulama. Semua itu boleh dilakukan secara individu dan juga secara beramai-ramai pada bila-bila masa selepas kematian. Walau bagaimanapun, menamakan amalan itu dengan berkabung biarpun pengisiannya dengan amalan di atas, saya berpandangan perlu dielakkan. Boleh cari terminologi lain yang lebih sesuai, kerana perkataan “berkabung” dalam kefahaman masyarakat kita membawa makna yang tersendiri.
Perbahasan isu berkabung ialah pada kandungan upacara yang dilakukan, bukan pada nama. Pada asasnya, haram atau harus bukan sebab nama, tapi pada kandungan. Namun, nama berkabung turut menjadi isu kerana apabila disebut berkabung, masyarakat akan memahami suatu bentuk upacara yang dikaitkan dengan kematian. Dikhuatiri lama kelamaan, akan berlaku tokok tambah yang akhirnya menjurus kepada kesesatan.
Kesimpulannya, amalan berkabung dalam Islam hanya ada pada wanita sahaja. Sekiranya ingin dilakukan oleh lelaki atau ingin diamalkan oleh masyarakat, ia hanyalah adat sahaja. Perkara adat tidak boleh bercanggah dengan nas dan maqasid syariah. Justeru, sekiranya masih ada juga yang ingin memakai pakaian hitam atau songkok lilit putih dan sebagainya sebagai tanda ingatan atas kematian, saya berpandangan, ia patut dilakukan dalam tempoh yang sekejap sahaja dan nama berkabung itu patut dielakkan. Kadar tidak lebih 3 hari boleh diikuti sebagai kiasan terhadap larangan wanita (bukan isteri) yang tidak boleh berkabung lebih dari tempoh berkenaan, agar selari dengan matlamat perundangan Islam dalam berhadapan dengan kematian iaitu tidak memanjangkan lagi kesedihan.

0 Comments