Hak asasi intipati Post Islamism

Post Islamism mementingkan hak asasi sedangkan hak asasi tidak menjadi fokus utama di dalam Islam. Oleh kerana yang mementingkan hak asasi ialah barat, maka Post Islamism mendukung nilai-nilai barat. 

Penjelasan

Di dalam Islam, hak asasi telah disedia terjamin dalam tanggungjawab yang telah dinyatakan dalam hukum hakam yang perlu dilaksanakan oleh ibu, bapa, suami, isteri, lelaki, wanita, pemimpin, rakyat dan sebagainya. Hak asasi tidak menjadi isu utama kerana hukum hakam itu telah pun menjaga 5 perkara asas manusia iaitu menjaga agama, nyawa, akal, harta, keturunan dan maruah. Sekiranya semua pihak bertanggungjawab terhadap agama, maka tidak timbul soal asasi. Namun, secara realitinya memang terdapat pihak-pihak yang mengabaikan tanggungjawab maka Islam mempunyai pendekatan seperti amar makruf nahi mungkar, dakwah, memilih pemimpin yang zalim dan sebagainya.

Pendekatan ini berbeza dengan barat lantaran mereka tidak mempunyai panduan agama. Oleh kerana masing-masing merasa bijak, terutamanya di kalangan orang yang kaya, maka mereka bercakap tentang hak masing-masing. Ketiadaan panduan agama (wahyu) itu menjadikan mereka tiada pilihan melainkan menyuarakan hak asasi. Ini bertepatan dengan sifat manusia yang lebih suka mementingkan diri sendiri berbanding orang lain. Setelah masing-masing bercakap tentang hak asasi masing-masing, ia membawa masalah untuk menentukan siapa yang betul kerana tiada pihak yang boleh mendakwa bahawa ia lebih betul dari orang lain. Sekiranya mereka mempunyai panduan wahyu, ia boleh diselesaikan kerana wahyu mengatasi kemampuan akal manusia. Akhirnya mereka terpaksa menerima demokrasi untuk menentukan hak manakah yang betul.

Ini bermakna, hak asasi dalam Islam telah sedia wujud dalam hukum /tanggungjawab yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis. Panduan wahyu ini secara umumnya bersifat “top down”. Manakala di dalam barat, hak asasi itu bersifat “bottom up” kerana mereka tiada wahyu. Suara hak asasi manusia yang pelbagai itu diangkat dan ditentukan manakah hak yang diterima.

Post Islamism berasal dari barat (western philosophical of thought).

•    Post‐Islamism is neither anti‐Islamic nor rigidly secular. It is an endeavour to
–             fuse religiosity and rights,
–             faith and freedom,
–             Islam and liberty
–             emphasises rights instead of duties,
–             plurality in place of a singular authoritative voice,
–             historicity rather than fixed scriptures,
–             the future instead of the past
Enam peringkat perjalanan sekular hingga demokrasi

Satu – secular
Seseorang yang sekular, ia akan menolak wahyu atau menerima wahyu secara terpilih.

Dua – Liberal
Meloloskan / membebaskan diri dari sebarang ikatan agama dan tradisi

Tiga – rasional
Maka ia terpaksa menggunakan akal fikirannya semata-mata untuk memandu kehidupannya.

Empat – humanism
Ketiadaan wahyu itu menjadikannya menumpukan kepada kehidupan dunia  kemanusiaannya.

Lima – hak asasi
Oleh kerana sifat manusia mementingkan diri, ia akan memikirkan kepentingan dirinya sendiri yang dinamakan dengan hak asasi

Enam – demokrasi
Akhirnya mereka menerima demokrasi untuk menentukan hak manakah yang betul.

Myfaisalonline.blogspot.com

Post a Comment

0 Comments