Thursday, May 28, 2015

NAK KENYANG MESTI MAKAN, NAK PERPADUAN MESTILAH DENGAN SYARIAH

PERPADUAN adalah TUJUAN (maqasid) yang akan tercapai dengan melakukan WASILAH seperti berpegang dengan undang-undang, elak dari melakukan kekasaran, pergaduhan dan saling hormat menghormati. WASILAH itu ialah SYARIAH atau undang-undang Islam. 

Untuk mencapai TUJUAN, perlu melaksanakan WASILAH. Apabila mengajak manusia kepada perpaduan, ajaklah ia patuh kepada syariat. Bukan dengan mengajak perpaduan, tetapi mengabaikan tuntutan syariah. Tidak mungkin akan tercapai. 



PERPADUAN adalah INTANGIBLE iaitu perkara tidak dapat dicapai dengan mata kasar. Syariat pula adalah TANGIBLE iaitu perkara yang boleh dibuat iaitu dengan cara melaksanakan tuntutannya dan meninggalkan larangannya. 



Sebagai analogi, 
Manusia tidak boleh kenyang melainkan dengan makan. Maka kenyang adalah tujuan dari makan. KENYANG adalah MAQASID, MAKAN adalah WASILAH. 





Apabila kita ajak orang menjadi kenyang, maka ajaklah dia makan. Apabila kita mengajak kepada perpaduan, ajaklah mereka kembali mengikut peraturan yang dibawa oleh agama, Insya Allah perpaduan akan tercapai. Kalau kita mengajak kepada perpaduan, tetapi masih melanggar semua peraturan Allah, perpaduan tidak akan tercapai. Perpaduan yang dianjurkan oleh Islam ialah berpegang dengan tali Allah iaitu dengan syariatnya. 

Peperangan ada di dalam Islam. Malahan pada zaman Rasulullah, peperangan berlaku sebanyak 47 kali. Adakah Rasulullah tidak mengamalkan perpaduan dan berdamai terus dengan orang arab dan yahudi tanpa syarat? Tidak, Rasulullah mengajak mereka memeluk Islam dan berpegang dengan syariat Islam. Musyrikin telah menawarkan perpaduan kepada Rasulullah dengan syarat Rasulullah tinggalkan dakwah. Mana mungkin!!!

PERPADUAN ADALAH HIKMAH PENSYARIATAN ISLAM


Wednesday, May 27, 2015

Bengkel Teknik Penulisan Dakwah Menerusi Media Baru

Sinopsis: Bengkel ini akan membincangkan teknik penulisan dakwah media baru yang agak berbeza dengan dakwah media tradisional. Media baru lebih proaktif perlu lebih menarik kerana sasaran dakwah tidak berada di hadapan pendakwah apatah lagi sasaran dakwah maya yang sangat ramai. Justeru, pendakwah perlu untuk customize dakwahnya di alam maya dengan beberapa teknik yang diharapkan membantu pendakwah dalam mencapai sasarannya menerusi medium blog, facebook dan whatsapp. Bengkel ini diharapkan dapat membantu peserta untuk menggunakan media baru dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat di alam maya. 


Modul 1 - Pengenalan Dakwah dan Cabaran Dakwah Masakini

Outcome:
1. Peserta dapat menjelaskan tentang konsep dakwah dan asasnya yang berteraskan tauhid 
2. Peserta dapat menghuraikan fenomena masyarakat moden pada hari ini dari perspektif dakwah 
3. Peserta dapat mengenalpasti isu-isu dakwah masa kini yang perlu diketengahkan dalam masyarakat
4. Peserta dapat menghuraikan metode deduktif dan induktif dalam menganalisis isu-isu dakwah masa kini 


Modul 2 - Teknik Penulisan Dakwah Media Baru 

Outcome: 
1. Peserta dapat menerangkan konsep dakwah media baru 
2. Peserta dapat menjelaskan asas dalam penulisan media baru 
3. Peserta dapat menghuraikan cara penulisan artikel argumentatif 
4. Peserta dapat menjelaskan cara untuk membentuk kata-kata hikmah dalam penulisan Facebook
5. Peserta dapat menggunakan 3 metode komunikasi persuasif dalam penulisan media baru


Modul 3- Penulisan Dakwah (secara praktikal)

Outcome:
1. Peserta boleh menulis sebuah pendahuluan artikel yang baik 
2. Peserta boleh menulis sebuah esei argumentatif yang ringkas dalam penulisan blog 
3. Peserta boleh mengupdate Facebook dengan kata-kata hikmah yang menarik 
4. Peserta boleh mengaplikasikan cara yang terbaik untuk penulisan dakwah menerusi whatsapp 
5. Peserta dapat mengaplikasikan cara dan tips untuk mendapatkan like, komen dan share yang tinggi di dalam Facebook 


Disediakan oleh 
Dr. Muhamad Faisal Ashaari 
Pensyarah Kanan 
Fakulti Pengajian Islam 
UKM
myfaisal@gmail.com

SYURA BUKAN MESYUARAT TETAPI SISTEM YANG BERLAWANAN DENGAN DEMOKRASI?

((DEMOKRASI)) ialah menentukan kebenaran berdasarkan kepada suara ramai. Manakala ((SYURA)) pula ialah menentukan kebenaran berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadis. 

Syura seringkali didefinisikan dengan makna mesyuarat dan juga "kesepakatan". Namun, bukanlah semua jenis "syura" membawa maksud demikian. Sekiranya "syura" dibincangkan dari perspektif demokrasi atau perbandingannya dengan sistem demokrasi, "syura" membawa erti suatu kaedah dalam menentukan kebenaran berdasarkan kepada wahyu dan dalam masa yang sama turut menerima akal sebagai panduan. Kedudukan wahyu lebih tinggi dari akal dengan maksud, cadangan dan keputusan dari akal tidak boleh bercanggah dengan wahyu. 

Dalam sistem demokrasi juga terdapat mesyuarat, malahan tatacara mesyuarat dalam demokrasi mungkin lebih hebat lagi kerana kebenaran dalam demokrasi ditentukan  berdasarkan kepada suara majoriti.   


Demokrasi hanya menggunakan akal semata-mata kerana mereka bergerak atas prinsip sekularisme, liberalisme, rationalisme, humanisme, human right, pluralisme. Ke semua ini adalah nilai yang terdapat dalam sistem barat dan Islam menolak semua nilai-nilai ini. 

Dalam syura ada kebebasan mengeluarkan pandangan, tetapi tidak boleh sehingga merobah perkara yang sangat asas dalam agama yang biasanya ditentukan dalam nas yang jelas thubut dan dilalahnya


Demokrasi berteraskan kepada
1Sekularisme - menolak agama atau memilih milh hukum yang dianggap sesuai atau tidak kisah pasal agama. 
2. Liberalisme - melepaskan diri dari sebarang ikatan peraturan yang berteraskan agama
3. Rationalisme - mengukur sesuatu berteraskan kepada rasional 
4Humanisme - mementingkan aspek kemanusiaan sahaja. Bukan aspek ketuhanan, dosa pahala dll. 
5Human right - Oleh kerana tiada panduan wahyu sebagai panduan dalam membuat undang-undang dan polisi, maka semua panduan diambil dari fikiran manusia. Mereka biasanya mementingkan diri sendiri dan bercakap tentang kepentingan masing2. 
Huraian lanjut tentang hak asasi boleh dilihat di sini 

6. Pluralisme - Apabila manusia semua bercakap mengikut hak mereka, dan masing-masing berhujah dengan kekuatan raional, maka tiada siapa yang dapat membuktikan mana yang betul dan yang salah. Oleh sebab itu mereka berpegang dengan “tiada kebenaran mutlak”. 
7Demokrasi- Untuk menentukan mana yang betul dan mana yang salah, ia berdasarkan kepada suara ramai. Itulah demokrasi. 

Kita mahukan sistem syura iaitu sebuah sistem yang meletakkan cara membuat keputusan itu mestilah berlandaskan kepada wahyu. Walau bagaimanapun, kaedah dan cara pelaksanaannya terpulang kepada kebijaksanaan kita berdasarkan kepada situasi dan keadaan. Di dalam rumah, pejabat, organisasi, pertubuhan, negeri dan negara, semuanya ada mesyuarat. Apa yang perlu dipastikan bahawa setiap keputusan itu mestilah berlandaskan kepada hukum dan prinsip Islam. Justeru, mereka perlulah merujuk kepada orang atau pakar dalam bidang yang berkaitan. Maka pelaksanaan cara membuat keputusan yang dikenali sebagai (syura) adalah adalah bebas.

Di dalam gerakan Islam, adab dalam syura (mesyuarat) amat ditekankan iaitu dalam hal penerimaan hasil dari mesyuarat. Ini penting agar semua pihak akur dengan keputusan mesyuarat biarpun bertentangan dengan pandangan peribadinya. Ketika ini, syura membawa maksud mesyuarat. Di dalam hal ini, sistem demokrasi pun perlu menerima konsep ini kerana mesyuarat itu tidak berfaedah sekiranya tidak dipatuhi.


Sheikh Muhammad Abdullah Khatib berkata:


وفي ظل الشورى للأفراد أن يبدوا آراءهم، وحينما تنتهى الجماعة إلى رأي على الجميع الالتزام به توحيدا للكلمة والتوجه، ولا يجوز لصاحب الرأي المخالف أن يتحدث بعد ذلك عن رأيه داخل الصف ، حتى لو أثبتت التجربة أن رأيه الذي لم يوخذ به كان الأصوب ، فلأن يجتمع الصف على الصواب خير من أن يفترق حول الأصوب. ففي الاجتمتع على الصواب يمكن أن نصل إلى الأصوب، أما لو حدث الافتراق فلن يكون هناك اجتماع على صواب ، ولا على أصوب.
المرحوم الشيخ محمد عبد الله الخطيب في كتابه نظرات في رسالة التعاليم
Terjemahannya:
Dan di bawah naungan syura (mesyuarat), setiap ahli mesyuarat boleh mengutarakan pendapatnya. Tatkala Jemaah telah sepakat memutuskan sesuatu keputusan, maka semua ahli mesyuarat wajib beriltizam dengan keputusan tersebut demi menjaga kesatuan dan hala tuju Jemaah. Bagi mereka yang mempunyai pendapat berbeza, tidak boleh lagi membicarakan pendapatnya itu di dalam saf jemaah meskipun pengalaman membuktikan bahawa pendapatnya (yang tidak diterima itu) yang lebih tepat. Kesatuan saf dalam berpegang pada sesuatu pendapat yang betul (الصواب) lebih baik daripada berpecah- belah untuk mencari pendapat yang lebih betul (الأصوب). Ini kerana kesatuan jemaah pada hasil syura akan dapat menyampaikan Jemaah pada sasaran yang lebih tepat. Sebaliknya, bila terjadi perpecahan maka tiada mungkin dapat menghasilkan kesepakatan pada mencari kebenaran, apatah lagi pada mencari keputusan yang lebih tepat.

Nota - Demokrasi yg dimaksudkan dalam tulisan ini ialah demokrasi tulen ala barat. 


Sunday, May 24, 2015

DAKWAH DAN POLITIK SAMA?


Tujuan dakwah ialah untuk mengajak manusia beriman dengan Allah swt, mengubah tingkah laku ke arah kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Antara makna penting dalam politik ialah untuk mempengaruhi manusia bagi mendapat, mengekalkan dan mempertahankan kuasa. Jika dilihat dari sudut ini, kita dapati bahawa dakwah dan politik ini berkongsi konsep yang sama iaitu untuk MEMPENGARUHI MANUSIA.


Politik mempunyai konsep yang luas dan definisnya pun mungkin berbeza antara satu sama lain yang mungkin sebahagiannya melihat kepada aspek tertentu manakala yang lain pula melihat kepada aspek yang lain. Walau bagaimanapun, politik itu berkaitan dengan kekuasaan dan pemerintahan yang boleh dilihat dari pelbagai sudut seperti pengurusan, pentadbiran, parti politik dan sebagainya. Apa yang penting bagi seseorang yang mempunyai kuasa ialah kemampuan untuk mengawal dan mentadbir dengan baik. Oleh sebab itu, politik ini berkait rapat dengan kemampuan untuk menguasai dan mempengaruhi masyarakat. Cumanya, ke arah mana yang yang nak dibawa bergantung kepada parameter iman yang dimiliki oleh seseorang politikus itu. 

Matlamat dakwah sangat jelas iaitu untuk mengajak dan mempengaruhi manusia dekat dengan Allah. Sekiranya matlamat penglibatan dengan politik itu untuk membawa manusia dekat dengan Allah atau pun parti politik yang disertainya itu memang jelas matlamatnya untuk membawa manusia dekat dengan Allah, maka politik dan dakwah itu mempunyai persamaan dari sudut konsep, tetapi mungkin berbeza dari sudut konteks.

Sebaliknya, sekiranya matlamat penyertaan dalam politik dan parti politik itu sendiri memang bertujuan hanya untuk mendapatkan kuasa, manakala hukum hakam Islam diambil mengikut keperluan dan keinginan sahaja, tentunya dakwah dan politik di sini tidak sama. Matlamatnya tidak sama. 

Rasulullah berdakwah mengajak manusia beriman dengan Allah dan sekaligus baginda berpolitik yang akhirnya baginda memperoleh kuasa pemerintahan di Mekah dan Madinah untuk memastikan keseluruhan sistem Islam dapat dilaksanakan dengan sempurna. Inilah cara yang perlu diikuti oleh umat Islam iaitu meletakkan semua ukuran dan seluruh parameter kehidupan untuk mencapai keredoan Allah sama ada dalam politik dan juga bidang2 yang lain.