Saturday, October 31, 2015

BANYAK HUKUM ISLAM YANG NON-MUSLIM GUNA, KENAPA MASALAH DENGAN HUDUD.?

NOTA: Terdapat suara2 yang menakutkan2 masyarakat non-Muslim dengan hukum hudud. Mereka mempropagandakan bahawa hukum hudud akan memberikan ketidakselesaan kepada non-Muslim dan ia bakal akan dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia. Biarpun buat masa ini, enakmen yg diluluskan di Kelantan dan Trengganu itu hanya untuk orang Islam sahaja, tetapi lama kelamaan ia akan dilaksanakan di seluruh negara termasuk  non-Muslim.  "Mahukah berada di bawah hukum agama?" Ini di antara kata-kata yang berunsur hasutan yang diajukan kepada non-Muslim untuk menakutkan mereka dengan hudud. Isu ini dimainkan bagi memastikan non-Muslim tidak menyokong sebarang usaha yang berjuang untuk melaksanakan Hudud. 


JAWAPAN: 
Buat masa ini kekeliruan banyak sangat berlaku tentang Hudud. Ia bukanlah sesuatu untuk ditakutkan tetapi untuk lebih dihargai lagi kerana ia menjaga keamanan rakyat. Oleh kerana banyak kekeliruan yang sengaja ataupun tidak sengaja, Hukum ini dianggap negatif. Dengan pelaksanaan ini yg dimulakan untuk orang Islam sahaja akan menampilkan contoh yang terbaik dalam menegakkan keadilan kepada rakyat. 

Sebenarnya, banyak hukum Islam yang dilaksanakan dan diterima dengan baik oleh semua masyarakat di Malaysia, sama ada Muslim dan non-Muslim. Antaranya: 

Tuesday, October 20, 2015

MEDIA BARU ANTARA FITNAH DAN DAKWAH

Pendahuluan 

Media baharu telah menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat moden pada hari ini. Ia tidak boleh berpisah terutamanya di kalangan generasi muda kerana ia bukan sahaja alat komunikasi tetapi boleh dianggap sebagai keperluan hidup. Malahan, berdasarkan kepada trend penggunaannya pada masa kini, media baharu boleh dianggap sebagai tuhan lantaran ia yang mencorakkan kehidupan masyarakat pada hari ini. Penggunaan media ini selain dari memberikan kebaikan dan memudahkan kehidupan manusia, tetapi atas sifatnya sebagai sebuah teknologi, ia memberikan fitnah kepada manusia secara minda bawah sedar. Kesan minda bawah sedar ini sangat penting kerana ia berlaku secara tidak langsung tanpa disedari oleh manusia. Ramai yang menyebut bahawa “penggunaan teknologi ini kalau digunakan untuk kebaikan, maka ia akan jadi baik. Manakala, kalau sebaliknya, ia akan jadi tidak baik”. Ini adalah kesan langsung dan ia adalah di bawah kawalan minda sedar. Artikel ini akan membincangkan aspek fitnah media baharu terhadap pemikiran secara minda bawah sedar yang memberikan cabaran yang besar kepada dakwah. Semua pihak perlu memahami dan berwaspada dengan fitnah yang tersembunyi di sebalik media baharu dan impak negatifnya kepada masyarakat. Ia mungkin tidak disedari kerana ia merupakan dimensi yang tidak nampak tetapi ia telah pun merobah struktur masyarakat yang ada pada hari ini.