BANYAK HUKUM ISLAM YANG NON-MUSLIM GUNA, KENAPA MASALAH DENGAN HUDUD.?

NOTA: Terdapat suara2 yang menakutkan2 masyarakat non-Muslim dengan hukum hudud. Mereka mempropagandakan bahawa hukum hudud akan memberikan ketidakselesaan kepada non-Muslim dan ia bakal akan dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia. Biarpun buat masa ini, enakmen yg diluluskan di Kelantan dan Trengganu itu hanya untuk orang Islam sahaja, tetapi lama kelamaan ia akan dilaksanakan di seluruh negara termasuk  non-Muslim.  "Mahukah berada di bawah hukum agama?" Ini di antara kata-kata yang berunsur hasutan yang diajukan kepada non-Muslim untuk menakutkan mereka dengan hudud. Isu ini dimainkan bagi memastikan non-Muslim tidak menyokong sebarang usaha yang berjuang untuk melaksanakan Hudud. 


JAWAPAN: 
Buat masa ini kekeliruan banyak sangat berlaku tentang Hudud. Ia bukanlah sesuatu untuk ditakutkan tetapi untuk lebih dihargai lagi kerana ia menjaga keamanan rakyat. Oleh kerana banyak kekeliruan yang sengaja ataupun tidak sengaja, Hukum ini dianggap negatif. Dengan pelaksanaan ini yg dimulakan untuk orang Islam sahaja akan menampilkan contoh yang terbaik dalam menegakkan keadilan kepada rakyat. 

Sebenarnya, banyak hukum Islam yang dilaksanakan dan diterima dengan baik oleh semua masyarakat di Malaysia, sama ada Muslim dan non-Muslim. Antaranya: 

  1. Bank Islam dan bank compatible dengan prinsip Islam. Pengurusan kewangan yang tidak berteraskan kepada riba merupakan hukum Islam. Setelah 30 tahun ia dilaksanakan di Malaysia, ia diterima dengan baik, malahan sangat ramai  non-Muslim menggunakan khidmat bank ini. Barangkali lebih ramai dari orang Islam. 
  2. Berkhatan adalah sebahagian dari hukum Islam. Ia telah diterima sebagai cara untuk menjamin kesihatan lelaki, malah keenakan dalam hubungan suami isteri. Bukan sekadar orang Islam berkhatan, tetapi juga  non-Muslim pun berkhatan. Kalau makan pisang, monyet pun pandai buang kulit. 
  3. Koc komuter khusus untuk wanita - Sejak dahulu lagi, Islam menginginkan hubungan lelaki dan perempuan ada sedikit batasan. Ia bukan berbentuk diskriminasi tetapi ia adalah untuk menjaga kesejahteraan semua pihak. Rakyat Malaysia selesa apabila ada koc yang khusus untuk perempuan sahaja dan pemisahan ini adalah menepati kehendak Islam kerana boleh mengelakkan dari perkara yang buruk.  
  4. Sembelihan adalah hukum Islam dan ia merupakan cara yang terbaik untuk mematikan haiwan. Mengeluarkan darah menerusi sembelihan akan menyebabkan daging yang lebih sihat kerana memakan darah bukanlah suatu yang baik dari sudut kesihatan. Sebelihan bukan sahaja diterima oleh orang Islam, tetapi juga oleh non-Muslim. 

Empat contoh di atas merupakan antara hukum Islam yang turut diterima oleh non-Muslim kerana semua itu perkara yang membawa kemaslahatan kepada manusia. Sekiranya hukum Islam membawa kesejahteraan kepada masyarakat, kenapa kita tidak boleh terima hudud? Pelaksanaannya mungkin ada kelemahan pada peringkat awal, tetapi dalam masa lima tahun, ia akan menjadi semakin baik. Seperti mana bank Islam, di peringkat awal dahulu memang ada masalah, tetapi selepas 10 tahun ia stabil dan bertambah baik selepas 30 tahun (1985-2015). 


Post a Comment

0 Comments