WARA’ VS KESEDERHANAAN (MODERATION) Siri 1

Perkataan Wara’ telah hilang dari minda orang Islam. Mati syahid pula langsung tidak terlintas dalam minda. Apakah ini hasil fitnah dari usaha menghilangkan sikap "bersungguh-sungguh" dalam menjadi seorang Muslim yang baik? Fitnah kesederhanaan.

Adakah anda seorang exstremis? Soalan yang sering dijawab dengan TIDAK. Tetapi kalau ditanya lagi, anda ingin anak anda dapat A dalam peperiksaan? atau anda sendiri ingin dapat A dalam peperiksaan? Jawapannya YA. Tidakkah A itu ialah "extremely good”?

Adakah anda mahu menjadi orang Muslim baik? Soalan yang sering dijawab dengan YA. Di dalam Islam, sifat Muslim yg baik itu akan dicapai menerusi Taqwa, Soleh dan Wara’. Orang yang ingin mencapai tahap ini perlulah berusaha menjadikan dirnya itu sangat baik (extremely good). Kalau sekejap baik, sekejap tidak, itu bukan taqwa, boleh soleh, malah bukan wara’. Maka, sekiranya ada ingin menjadi orang muslim yang baik, maka anda perlu menjadi seorang yang extreme. Anda setuju?

Kalau sekejap baik, sekejap tidak, itu bukan taqwa, boleh soleh, malah bukan wara’. Barangkali itu adalah sederhana atau biasa-biasa aja atau cool. Apa maksudnya? Adakah ia membawa maksud pada mengerjakan solat pada waktu subuh, kemudian berlajar/ bekerja pada waktu pagi, kemudian berjoget poco2 pegang tangan pompuan pada waktu petang, kemudian solat pada waktu maghrib, kemudian pergi dinner dan dancing malam. Adakah cara ini diterima dalam Islam? Adakah ini sederhana?

Malahan, lebih menyedihkan lagi, ada pula orang menganjing dengan perkataan wara’. Dia buat muka mencebik dan berkata  “eee wara’ sangat” atau “dia tu ustazah”, kerana orang itu telah menegurnya atau dia tak suka dengan seseorang yang baik akhlaknya. Tuntasnya, Wara’ telah dipandang sinis dan dicemuh; mengejek orang yang melakukan kebaikan. Bukankah wara’ itu meinggalkan perkara yang haram dan menjauhkan diri dari syubhat?
  
Bukan semua extreme itu tidak baik tetapi setiap amalan itu perlu diseimbangkan. Extreme dalam agama (dengan maksud bersungguh melaksanakan kewajipan) itu adalah suatu keperluan dan tuntutan sebagai seorang Muslim, tetapi keseimbangan itu juga penting agar tidak menumpukan amalan hanya dalam satu-satu perkara sahaja, tetapi meninggalkan kewajipan yang lain. Kewajipan kita banyak, janganlah tumpu pada suatu kewajipan sahaja, tetapi meninggalkan kewajipan yang lain. Janganlah belajar sehingga tidak menjaga kesihatan dan janganlan pula mengerjakan banyak solat sunat tetapi mengabaikan tanggung jawab terhadap ibu bapa atau pendidikan anak2.

Agenda barat ialah untuk menjadikan orang Islam lemah agama, kerana kalau orang Islam kuat agama, pasti mereka akan menentang segala *nilai yang dibawa oleh barat / AMERIKA. 


ANDA SUKA AMERIKA?
Kenapa tidak?
Kenapa ya?


Islam Kesederhaan adalah agenda barat, setelah mereka tuduh orang Islam dengan extremis dan terroris. Dalam Islam tiada sederhana, tetapi ada keseimbangan. Mereka takut kalau Islam kuat, mereka akan terancam. 



*Nilai yang dibawa oleh AMERIKA/ barat ialah kebebasan mutlak, kebenaran mutlak, hak privasi, demokrasi mutlak, agama urusan peribadi, sekularisme, pluralisme dll. 

Post a Comment

1 Comments

prihatin said…
Assalamualaikum
Satuju bahawa pemikiran masyarakat banyak berubah jadi keliru n negtif. Ini mungkin banyak sebab, lemah pendidikan, keluarga yg pincang , provokasi media terutamanya.
Wasatiah, nampak macam pertengahan, padahal lebih tepat dengan keseimbangan, alqist, adil . Matlamat kita adalah kecemerlangan ahsan, amalan terbaik. Sederhana yang boleh kita terima adalah seperti dalam makan pakai dan lain2 penggunaan nikmat Allah, tidak gelojoh, tamak dan gopohgapah.