LANGGAR LARI: BAGAIMANA ISLAM MENGHUKUM (MENDIDIK)?

Saya menerima mesej wasap seperti berikut:


Kemudian tersebar pula gambar ini


Saya yakin sekiranya anda menziarahi mangsa langgar lari ini akan melahirkan rasa sangat simpati dan kasihan terhadap mangsa dan akan berasa GERAM, MARAH malahan mungkin menyimpan DENDAM kepada orang yang melanggarnya. Tentunya, mangsa dan keluarga mangsa akan berasa lebih GERAM, MARAH dan DENDAM 10x dari apa yang anda rasakan. 

Sekiranya, pesalah itu berjaya diberkas dan diberi peluang kepada anda untuk membalasnya, mungkin …….. (tak tau lah apa yang korang akan lakukan) 


Rasa ingin membalas atau bertindak balas terhadap sebarang tindakan ganas terhadap diri  sendiri mahupun orang lain adalah fitrah yang Allah ciptakan pada semua manusia. Allah melunaskan rasa fitrah ini dengan dua cara iaitu dengan cara membalas semula kesalahan itu (Qisas) atau membayar pampasan (Diyat / Arys). 

Kesalahan langgar lari ini boleh dikategorikan sebagai jenayah tidak sengaja kerana ia  dilakukan dengan alat yang boleh mencederakan dan tetapi ia dilakukan tanpa niat untuk mencederakan. Hukum pampasan bagi kehilangan secara tidak sengaja ialah 50 ekor unta bersamaan RM250 ribu (Andaian seekor unta RM5k).* 


Sekiranya disabitkan kesalahan, mangsa boleh membuat balas terhadap jenayah yang dilakukan. Sekiranya mangsa memaafkan pesalah, mangsa boleh minta pampasan dari pesalah berdasarkan kadar yang diputuskan. Sekiranya, pesalah tidak mampu membayarnya, waris pesalah itu bertanggung jawab untuk membayarnya. 

Dalam sistem perundangan ciptaan manusia yang diamalkan sekarang, mana-mana pesalah yang disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman penjara atau dikenakan denda atau kedua-dua sekali. Sekiranya, membayar denda pun, denda itu dibayar pada kerajaan (mahkamah), bukan pada mangsa. 

Hukum pampasan (Diyat) agak berbeza dengan Hudud kerana ia bersifat "mendapat habuan (pampasan)" manakala Hudud pula bersifat hukuman. Kalau dijelaskan kepada umum tentang kelebihan hukum ini, pasti orang tidak teragak-agak lagi untuk menerima sistem pampasan ini. 

Hukum hudud seringkali menjadi fobia dan ditakut-takutkan kepada orang Islam, biarpun ianya akan dijalankan kepada pesalah yang sangat jahat memandangkan syarat pelaksanaannya yang ketat. Namun, sekiranya penjelasan diberikan dengan sempurna, insya Allah orang akan terima. 

Semua hukum Diyat dan Hudud termasuk Ta'zir adalah hukum Allah dan saling melengkapi  antara satu sama lain. Semua itu  berkait rapat dan tidak boleh dilaksanakan secara berasingan. 


KESIMPULAN 

1- Fungsi waris iaitu sama-sama menjaga ahli keluarga dari melakukan kesalahan. Dengan cara ini jenayah akan dapat dikurangkan kerana ahli keluarga sama-sama bertanggungjawab ahli keluarga yang lain. Kefahaman yang biasa tentang waris hanyalah berkaitan harta pusaka mendapat harta apabila berlaku kematian. 

2- Denda atau pampasan yang dikenakan dalam undang-undang Islam memang untuk kemaslahatan mangsa. Mengikut undang2 yang diamalkan sekarang, ia diberikan pada kerajaan. 

3- Islam bukan agama menghukum, tetapi ia lebih mendidik menerusi sistem waris dan menjaga keamanan. Dalam masa yang sama, hukuman yang diberikan itu lebih untuk kemaslahatan mangsa. 

4- Undang-undang Islam lebih sesuai dengan fitrah manusia. 


Post a Comment

0 Comments