APA YANG PERLU ADA DALAM LITERATURE REVIEW (KUANTITATIF)


LR mestilah releven dengan bahan dan subjek yang dikaji. Kalau LR tidak releven, ia tidak akan boleh untuk digunakan dalam analisis (Bab 4) nanti.
 


Sekiranya soal selidik seperti di bawah, apakah LR yang perlu ada?
 
Item: Vlog yang boleh memberikan pengaruh terhadap remaja
 
1. Saya hanya menonton vlog dari golongan vlogger yang benar-benar seorang pendakwah
2. Sekiranya vlog itu membosankan saya akan berhenti menontonnya
3. Saya suka menonton vlog yang disampaikan dari kalangan vlogger yang berpenampilan menarik
4. Saya suka menonton vlogger yang memegang pelbagai watak dalam satu-satu masa
5. Mimik muka memainkan peranan bagi menjelaskan lagi mesej yang hendak disampaikan
6. Saya suka menonton vlogger yang membawa jenaka parodi
7. Costume vlogger yang pelbagai berjaya menarik minat saya
8. Saya suka menonton vlog dakwah yang disampaikan secara santai dan berjenaka

Yang perlu ada ialah
 
Pertama: Teori yang berkaitan dengan media baru seperti Teori kegunaan dan kepuasan. Teori ini mengandaikan khalayak yang bersifat aktif mencari media dengan bermatlamatkan media yang dicari itu dapat memberikan kepuasan kepada mereka (Katz, Blumler & Gurevitch, 1974).

Apa makna teori kegunaan dan kepuasan kepada kajian ini? – Orang yang banyak guna dan selalu melihat vlog menandakan mereka minat dan vlog berkenaan dapat memberikan kepuasan kepada mereka.

Kemudian adakah ada kajian lain yang berkaitan dengan topik kajian ini? Ini penting untuk dicari kerana semasa analisis nanti (Bab 4), dapatan kajian akan dibandingkan dengan kajian orang lain. Adakah dapatan kajian lalu sama dengan dapatan sekarang atau sebaliknya? Dan Kenapa? Seringkali dirungutkan bahawa tiada sebarang kajian tentang vlog. Kalau katakan memang tiada kajian yang betul2 dengan vlog, mungkin ada kajian tentang aplikasi media baru yang lain seperti Facebook, Instagram dan twetter yang menggunakan teori kegunaan dan kepuasan.

Tujuan kajian kuantitatif ialah untuk mengesahkan dan membuat generalisasi. (akan dibincangkan dalam post yang lain)

Kedua: Dapatan kajian yang lalu tentang minat remaja terhadap media baharu. Apakah aspek yang mereka minat dan kenapa mereka minat? Ini perlu dicari kerana dapatan kajian yang lalu itu boleh dibandingkan dengan dapatan kajian yang pelajar buat. Semasa analisis (Bab 4) nanti, boleh dibincangkan perkara ini. Adakah dapatan kajian lalu sama dengan dapatan sekarang atau sebaliknya? Dan Kenapa?

Dengan ini pelajar boleh mengkaji signifikan dapatan kajian ini atau sebaliknya.

Kalau ada kajian yang khusus tentang minat remaja kepada vlog lagi baik. Apa yang membezakan kajian dahulu dengan kajian yang sedang dibuat sekarang?

 

Post a Comment

0 Comments