Friday, November 4, 2016

BANYAK HUKUM ISLAM YANG NON-MUSLIM TELAH GUNA, KENAPA MASALAH DENGAN HUDUD?

Terdapat suara2 hodoh yang menakutkan2 masyarakat non-Muslim dengan hukum hudud. Mereka mempropagandakan bahawa hukum hudud akan memberikan ketidakselesaan kepada non-Muslim. Perjuangan RUU355 ini akhirnya akan membawa kepada pelaksanaan hudud dilaksanakan untuk semua rakyat Malaysia. 




Biarpun buat masa ini, enakmen yg diluluskan di Kelantan dan Trengganu itu hanya untuk orang Islam sahaja, tetapi lama kelamaan ia akan dilaksanakan di seluruh negara termasuk non-Muslim. Jika diluluskan RUU355 ia akan memberikan kuasa kepada DUN untuk memberikan kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman lebih dari 356. Secara tidak langsung ia boleh mendekati pelaksanaan sebahagiaan hukum hudud. 

"Mahukah berada di bawah hukum agama?" Ini di antara kata-kata yang berunsur hasutan yang diajukan kepada non-Muslim untuk menakutkan mereka dengan hudud. Isu ini dimainkan bagi memastikan non-Muslim tidak menyokong sebarang usaha yang berjuang untuk melaksanakan Hudud.

-------------

Buat masa ini banyak sangat kekeliruan berlaku tentang Hudud yg disebarkan. Oleh kerana banyak kekeliruan yang sengaja ataupun tidak sengaja, Hukum ini dianggap negatif. Sebenarnya, hudud adalah sebahagian dari hukum Islam. Ia tidak perlu dianggap sebagai suatu yg negatif khususnya dari perspektif non-Muslim kerana terdapat banyak hukum Islam dilaksanakan dengan baik dan diterima oleh semua masyarakat di Malaysia, sama ada Muslim dan non-Muslim. Antaranya:

1- Bank Islam dan bank compatible dengan prinsip Islam. Pengurusan kewangan yang tidak berteraskan kepada riba merupakan hukum Islam. Setelah 30 tahun ia dilaksanakan di Malaysia, ia diterima dengan baik, malahan sangat ramai non-Muslim menggunakan khidmat bank ini. Barangkali lebih ramai dari orang Islam.

2- Berkhatan adalah sebahagian dari hukum Islam. Ia telah diterima sebagai cara untuk menjamin kesihatan lelaki, malah keenakan dalam hubungan suami isteri. Bukan sekadar orang Islam berkhatan, tetapi juga non-Muslim pun berkhatan. Kalau makan pisang, monyet pun pandai buang kulit.

3- Koc komuter khusus untuk wanita - Sejak dahulu lagi, Islam menginginkan hubungan lelaki dan perempuan ada sedikit batasan. Ia bukan berbentuk diskriminasi tetapi ia adalah untuk menjaga kesejahteraan semua pihak. Rakyat Malaysia selesa apabila ada koc yang khusus untuk perempuan sahaja dan pemisahan ini adalah menepati kehendak Islam kerana boleh mengelakkan dari perkara yang buruk.

4- Sembelihan adalah hukum Islam dan ia merupakan cara yang terbaik untuk mematikan haiwan. Mengeluarkan darah menerusi sembelihan akan menyebabkan daging yang lebih sihat kerana memakan darah bukanlah suatu yang baik dari sudut kesihatan. Sembelihan bukan sahaja diterima oleh orang Islam, tetapi juga oleh non-Muslim.

Empat contoh di atas merupakan antara hukum Islam yang turut diterima oleh non-Muslim kerana semua itu perkara yang membawa kemaslahatan kepada manusia. Sekiranya hukum Islam membawa kesejahteraan kepada masyarakat, kenapa tidak boleh terima hudud? 

Kelemahan pelaksanaan di peringkat awal tidak dapat dielakkan. Maka, pelaksanaan secara berdikit-dikit adalah pendekatan terbaik. Di peringkat awal boleh dilaksanakan kepada orang Islam sahaja, dan mungkin pada bahagian tertentu sahaja seperti hukum minum arak sahaja terlebih dahulu. Kemudian, lama-kelamaan dilaksanakan hukum tuduhan zina pula, dan seterusnya. Ia bukan sekadar melihat kepada pelaksanaan hukum itu sendiri tetapi keselarasannya kepada Perlembagaan dan juga kepada Akta / Enakmen dan undang-undang yang lain. Seperti mana bank Islam di peringkat awal dahulu, ada sedikit masalah, tetapi selepas 10 tahun ia stabil dan bertambah baik selepas 30 tahun (1985-2015).



Hudud bukanlah hukum yg perlu untuk ditakutkan tetapi untuk lebih dihargai kerana ia boleh menjaga keamanan rakyat. 

No comments: