POPULARITI IALAH UJIAN KEPADA AHLI ILMU



Populariti adalah ujian yang sangat halus kepada orang yang berilmu. Ia boleh menyebabkan penyakit sombong, bongkak, besar diri, ego, berasa betul, tidak boleh ditegur, cepat melenting dan sebagainya. Ia penyakit yang menghilangkan atau paling tidak ia boleh mengurangkan keikhlasan. 

Syaitan mengaku boleh menyesatkan manusia melainkan orang yang iklhas. Keihlasan ialah perkara yang sukar diperoleh kerana ia merupakan perkara yang tersembunyi dan sering diserang hendap oleh nafsu dan syaitan. Ia merupakan suatu ujian khusus kepada yang menuntut/ mempunyai ilmu. 

Rasulullah bersabda: 
عن كعب بن مالك رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من طلب العلم ليجاري به العلماء أو ليماري به السفهاء أو يصرف به وجوه الناس إليه أدخله الله النار "[] رواه الترمذي

Maksudnya: Sesiapa yang menuntut ilmu untuk berlawan dengan ulama, atau berdebat orang kurang cerdik atau untuk mengalihkan perhatian orang kepadanya, Allah akan masukkannya ke dalam neraka. Riwayat Termizi.

Rasulullah mengingatkan tujuan menuntut ilmu ialah untuk mencari keredoan Allah, bukan untuk bermegah2 dengan ilmu atau pun sijil yang diperolehi. Dalam hadis di atas, Rasulullah menjaskan TIGA golongan menuntut ilmu yang Allah akan masukkan ke dalam neraka iaitu 
❌ Menuntut ilmu untuk berlawan dengan ulama
❌Menuntut ilmu untuk berdebat orang kurang cerdik atau untuk
❌Menuntut ilmu untuk mengalihkan perhatian orang kepadanya (populariti) dianggap hebat 

Mereka tidak ikhlas dalam menuntut ilmu kerana matlamat utama mereka bukan untuk membantu masyarakat tetapi untuk diiktiraf sebagai pakar dan orang hebat, mereka ingin meraih populariti dalam kalangan manusia, bagi memuaskan nafsu atau memperoleh kedudukan atau untuk mendapat habuan dunia. . 

Antara tanda yang boleh kita perhatikan ialah suka membicarakan isu khilafiyyah, gemar mencetuskan kontroversi, suka membincangkan perkara yang membingungkam masyarakat, suka mencari perbalahan dengan tujuan untuk jadi hero dan nampak dia tahu belaka. 

Biarpun dimulut mereka mendakwa "inginkan kebaikan" seperti yg diungkapkan oleh orang munafiq. (انما نحن مصلحون), tetapi sebanarnya matlamat mereka ialah membawa perkara yang merosakkan dan memecahbelahkan masyarakat. Tindakan mereka hanyalah menguntungkan musuh Islam sahaja. 

Betapa Allah banyak menjelaskan sifat buruk ahli kitab dalam banyak ayat al-Quran sebagai pengajaran kepada kita. Marilah sama2 kita menginsafkan diri sendiri dan berjaga2 dengan matlamat menjadi ahli ilmu yg membawa padah yg buruk di akhirat.

Dr. Muhamad Faisal 

#ingatandiri sendiri


باب في طلب العلم لغير الله تعالى 

3664 حدثنا أبو بكر بن أبي شيبة حدثنا سريج بن النعمان حدثنا فليح عن أبي طوالة عبد الله بن عبد الرحمن بن معمر الأنصاري عن سعيد بن يسار عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من تعلم علما مما يبتغى به وجه الله عز وجل لا يتعلمه إلا ليصيب به عرضا من الدنيا لم يجد عرف الجنة يوم القيامة يعني ريحها

Post a Comment

0 Comments