JANGAN TIRU ORG YAHUDI YG SUKA CARI DALIH TEKNIKAL UNTUK MELAMBATKAN PERINTAH ALLAH

Terdapat suatu peristiwa pada zaman Nabi Musa, seorang yahudi telah mati terbunuh, namun kaum Yahudi ada kesamaran tentang identiti pembunuhnya. Mereka minta kepada Nabi Musa supaya Allah untuk mendedahkan identiti si pembunuh. Lalu Allah memerintahkan kaum Yahudi agar menyembelih seekor lembu terlebih dahulu sebelum Allah mendedahkan siapakah pembunuhnya. 



Walau bagaimanapun, orang Yahudi merasakan Nabi Musa telah mempermainkan mereka dengan suruhan sembelihan kerana yg mereka minta ialah mendedahkan identiti pembunuh, tetapi Allah perintahkan mereka menyembelih lembu. Ia bagaikan tiada kaitan antara mendedahkan identiti pembunuh dengan perintah sembelih lembu. Namun, Allah akan memberi tahu identiti si pembunuh itu selepas perintah atau syariat sembelih lembu dilaksanakan.

Oleh kerana mereka enggan melaksanakan mereka sengaja melengahkan pelaksanaan perintah berkenaan dengan mengemukakan alasan-alasan yang teknikal sahaja iaitu tentang sifat lembu, warna lembu dan jenis lembu. Akhirnya Allah memberikan butiran lanjut yang memayahkan mereka untuk mencari lembu berkenaan. Mereka terpaksa membayar harga yang sangat mahal ada yang mengatakan lebih dari 10 kali ganda lembu biasa. Sekiranya mereka melaksanakan terus perintah sembelihan itu, nescaya mereka tidak perlu membayar lembu itu dengan harga yang mahal. 

Soalan yang diajukan oleh orang Yahudi itu, hanyalah soalan teknikal sahaja yang tidak signifikan pun iaitu tentang apa sifat lembu, warna lembu dan jenis lembu. Semua soalan itu tidak sangat signifikan kerana apa yang penting ialah pelaksanaan kepada sembelihan itu. Dalam perkara yang tidak mempunyai nas yang jelas, fikirkanlah kaedah yang sesuai dengan matlamat perundangan Islam. Janganlah berlengah, buatlah semampu yang boleh. Kelak Allah akan memberikan hidayah dan keampunan kepada kita. 

Dua perkara besar di sini ialah 
1- Bila Allah suruh sesuatu Syariat, mereka anggap Allah tidak serius dan ingin mempermainkan mereka kerana barangkali perintah berkenaan macam tidak lojik. 
2- Bila Allah bagi perintah, mereka bagi soalan (dalih) yang tidak signifikan yang kononnya mereka macam bersungguh nak buat. 

Sila baca Surah AlBaqarah (67-71)

Post a Comment

0 Comments