MAKCIK BERGAYA DENGAN EYE SHADOW, LIPSTIK MERAH DAN BEDAK TEBAL SEINCI,WHY NOT?

Betulkah ada double standard dalam soal penampilan? Apa sebenarnya parameter tabarruj iaitu berhias yang dilarang oleh Rasulullah?

Penampilan seseorang melibatkan persoalan akhlaq lebih dari persoalan hukum Fiqh. Akhlak akan menyempurnakan keperibadian seseorang manakala fiqh cukup memberikan tuntutan yang minimum sebagai seorang Muslim. 

Sebagai contoh, dari sudut hukum fiqh, aurat seorang lelaki ialah antara pusat dan lutut, namun dari sudut akhlaq, tidak wajar bagi seseorang yang bergelar imam untuk keluar ke pasar dengan memakai kain pelikat sahaja dengan alasan ia sudah menutup aurat. Di sini ada hukum minimum dan juga ada aspek kesempurnaan yang perlu dijaga oleh seorang Muslim. Maknanya, lagi baik seseorang itu, lagi dia perlu menjaga tutur bicaranya dan penampilannya. 


Biarpun memakai kain pelikat keluar rumah tiada sebarang halangan dari sudut hukum Fiqh, tetapi ada halangan dari sudut akhlak apabila melibatkan penampilan seorang yang mulia dalam masyarakat. Maka, ia perlu menjaga maruah dan peribadinya dengan memakai pakaian yang sesuai. Namun, bagi seorang budak yang berumur 15 tahun, mungkin tidak jadi masalah untuk ke pasar dengan hanya berseluar tracksuit dan memakai singlet. 

Kenapa bagaikan ada double standard dari sudut hukum? Ini bukan soal double standard, tetapi ia termasuk dalam perkara meletakkan sesuatu pada tempatnya. Orang yang berusia lebih disegani dan dihormati dalam masyarakat, apatah lagi sekiranya dia seorang imam dan berilmu, kita perlu muliakannya. Kedudukannya lebih dihormati berbanding seorang remaja berumur 15 tahun. 

Berdasarkan kepada aturan kesesuaian ini, mungkin ada pakaian yang sesuai dipakai oleh orang awam atau pun anak perempuan remaja, namun ia tidak sesuai bagi seorang ustazah atau pun bagi seseorang yang dihormati. Kalau dia pakai juga, bermakna ia telah pun merendahkan kedudukan akhlaknya. 

Mungkin ada yang terfikir, rugilah menjadi seorang ustazah atau pun seseorang yang dikenali kerana tidak boleh melakukan apa yang dilakukan oleh orang kebanyakan. Kita kena terima hakikat bahawa sebagai orang Islam, menjadi orang yang baik dan berakhlak mulia itu perlu diusahakan. Takkan kita nak jadi orang yang biasa-biasa sedangkan kalau duit, rumah, pakaian, pangkat, kedudukan dan harta, kita mahu yang terbaik, banyak dan bertimbun-timbun. Namun, dalam bab akhlak mulia kita mahu biasa-biasa sahaja. Siapa yang double standard?

Kita juga tidak rugi kalau tidak memakai apa yang dipakai oleh orang kebanyakan. Kita berusaha menjaga penampilan kita, tutur bicara kita, posting dalam FB, laras bahasa dan sebagainya kerana kita berusaha untuk menjadi seorang yang mulia. Takkan kita yang dah tua ni masih nak berpenampilan macam orang muda. 

  Ø¹َÙ†ْ Ø£َÙ†َسٍ، Ù‚َالَ : Ù‚َالَ رَسُولُ اللَّÙ‡ِ صَÙ„َّÙ‰ اللَّÙ‡ُ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„َّÙ…َ : " Ø®َÙŠْرُ Ø´َبَابِÙƒُÙ…ْ Ù…َÙ†ْ تَØ´َبَّÙ‡َ بِÙƒُÙ‡ُولِÙƒُÙ…ْ ، ÙˆَØ´َرُّ ÙƒُÙ‡ُولِÙƒُÙ…ْ Ù…َÙ†ْ تَØ´َبَّÙ‡َ بِØ´َبَابِÙƒُÙ…ْ " .
Rasulullah bersabda: Sebaik-baik orang muda dari kalangan kamu ialah mereka yang berakhlak macam orang tua. Sejahat-jahat orang tua ialah berperangai macam orang muda. Al-Baihaqi. 

Gunakanlah malu sebagai ukuran dalam penampilan kerana ia adalah tanda bagi keimanan seseorang. Lagi mulia seseorang, lagi ia menjaga kehormatan diri dalam penampilannya.
Bersederhanalah dalam berpenampilan, bersungguhlah dalam beragama. 
FiqhBerhias

Dr. Muhamad Faisal 

Post a Comment

0 Comments