Tuesday, January 17, 2017

KRITERIA UTAMA PEMIMPIN IALAH BERILMU, KEMUDIAN QUWWAH (COMPETENCE) DANAMANAH

Ramai yang mengaitkan sifat Quwwah (competency) dan Amin (integrity) sebagai kriteria yang terbaik dalam memilih pemimpin. Ini berdasarkan kepada kisah anak perempuan Nabi Syuaib yang bernama Safura, meminta tolong dari Nabi Musa untuk membuka penutup tempat minum binatang (seperti telaga) yang berat. Ia hanya mampu diangkat oleh beberapa orang lelaki, namun kehebatan Nabi Musa dapat menganggkatnya seorang diri. Cerita kehebatan lelaki ini iaitu Nabi Musa disampaikan oleh Safura kepada ayahnya. 

Maka, Nabi Syuaib memuji kegagahan Nabi Musa dan menyebutkan bahawa dia patut untuk dijadikan pekerja. Dia berkata "Orang yg baik untuk dijadikan pekerja ialah mereka yg qawiy dan amin". Melantik pekerja mestilah dalam kalangan mereka yg benar mampu melaksanakan tugas dengan baik dan juga mereka yg amanah. Ini kriteria penting bagi seseorang pekerja. 

Kedua-dua kriteria ini telah pun disebutkan oleh Imam Ibn Taimiyah, di dalam bukunya al-Siyasah al-Syariyyah. 

Namun, bagi seorang pemimpin, kriteria yang paling penting bagi mereka ialah ilmu, bukan sekadar Quwwah (competency) dan Amin (integrity). Ilmu amat penting untuk membolehkan mereka memimpin dengan adil dan menepati syariah. Dengan itu, mereka akan membawa hala tuju yang betul dalam kepimpinannya. Kriteria ini diambil dari kisah Talut dan Jalud kerana kriteria ini merupakan asas kepada pemilihan Jalud sebagai pemimpin sebagaimana yg disebutkan oleh Allah dalam Surah al-Baqarah 246-250. 


Ini bukan bermakna, seorang pemimpin itu tidak perlu Quwwah dan Amanah, tetapi adalah kurang tepat sekiranya hanya memfokuskan kepada kriteria kepimpinan itu hanya kepada dua aspek ini sahaja. Ketiga-tiga aspek itu perlu disekalikan dan menggabungkan semua ciri2 kepimpinan yg terbaik. *Apatah lagi bagi kepimpinan yg tertinggi, ia bukan sekadar ilmu, kriteria FAQIH amat diperlukan*.


Dalam satu hadis yang masyhur berkaitan dengan cara Allah menarik ilmu (قبض العلم) dan kepimpinan yang jahil, Rasulullah telah bersabda: 

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya dari hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ‘ulama. Sehingga apabila orang alim tidak diketemui, manusia melantik pemimpin yg bodoh. Kemudian para pimpinan bodoh tersebut akan ditanya dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Akhirnya mereka sesat dan menyesatkan. (Muttafaq Alayh)

Di akhir zaman ini, kita melihat ramai orang yg menonjolkan diri mereka sebagai hebat dan amanah akibat dari publisiti media baharu. Pada hakikatnya, mereka jauh dari sifat berkenaan, apatah lagi dengan sifat ilmu dan faqih. Ini disebutkan di dalam hadis Rasulullah sebagai (سنوات خداعات) iaitu era fitnah seperti yg disebut dalam hadis Ruwaibidah. 

Mudahan kita selamat dari fitnah media yg mungkin mengelabukan penglihatan dan pendengaran kita. 

Dr. Muhamad Faisal 


 
 -----
 Hadis Ruwaibidah:
عَن أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ. قِيلَ: وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ؟ قَالَ: الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ. [أخرجه أحمد (2/291، رقم 7899)، وابن ماجه (2/1339، رقم 4036) قال البوصيرى (4/191): هذا إسناد فيه مقال، والحاكم (4/512، رقم 8439) وقال : صحيح الإسناد]

Terjemahan:
Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata: Rasulullah sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu helah, yang mana pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akan diberi memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap ialah golongan Ruwaibidhah”.
Ada sahabat bertanya: “Apakah dia Ruwaibidhah itu?” Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Orang yang bengap, yang membicara tentang urusan orang ramai”. 
http://myfaisalonline.blogspot.my/2016/12/alam-maya-melahirkan-penulis-berwatak.html

No comments: