KALAU DENGAN KEMATIAN PUN TIDAK INSAF JUGA?

Kelmarin, satu berita kematian telah muncul di celah ratusan wasap yang masih belum dibaca. Kematian mengejut lelaki yang baru berpindah kira-kira sebulan yang lalu ke Taman yang aku diami. Beliau masih muda lagi, usianya baru 32 tahun. Meninggalkan seorang balu dan dua anak. Mudah-mudahan Allah mengampuni dosanya dan merahmatinya serta memberikan kesabaran kepada ahli keluarganya. 

Bagaimana dengan aku? Syukur kerana Allah masih memanjangkan usiaku, tetapi bagimana pula dengan persiapan ku untuk bertemu denganNya? 

Sewaktu menghadiri pengkebumian bapa saudaraku pada bulan Disember di Kg Buaya, Padang Rengas, *tiba-tiba perasaan ku tersentak dengan sebuah ungkapan yang imam sebut ketika membacakan talqin*. "Ingatlah *JANJI antara kita dengan dengan Allah* sebelum kita dilahirkan iaitu janji untuk beriman dengan Allah dan menjadikan keseluruhan hidup kita ikut cara Islam"....  Hmm, Betulkah aku ada janji dengan Allah?

*Allah berfirman "Adakah Aku ni tuhan kamu?". Kita semua menjawab "Ya, benar" (Surah al-A'raf:172). 

Ya, ungkapan itu benar-benar merungsingkan fikiran.  Benarkah selama ini aku mengotakan janji ini atau langsung tidak ingat. Sibuk benar aku dengan urusan kehidupan tanpa teringat kepada urusan yang lebih besar iaitu janji dengan tuhan yang telah menciptakan aku. Selama ini, aku solat, puasa, baca quran, buat kerja untuk Islam,....  sebenarnya aku sedang menunaikan JANJI. Namun, adakah cukup dengan semua amalan itu???

*Syaitan pula giat membisikkan ke telinga "Bila pula kamu ada janji dengan tuhan?" Hmmm ya tak ye jugak.• Bila pulak aku berjanji sedangkan seingat aku, tak pernah aku buat janji dengan sapa-sapa pun, apatah lagi dengan tuhan. Yang aku sedar ialah ibu ayah aku lah yang membesarkan aku. Itu pun, saat ketika aku masih bayi, aku tak ingat apa-apa. Ahhhh, itu semua adalah bisikan syaitannnn.

Ya, Sewaktu aku bayi sehinggalah berumur 5 tahun, aku tak ingat apa-apa pun. Ibu ayah aku sahaja yang bercerita tentang gelagatku sewaktu aku kecil, tapi aku tidak sedar, malah aku tidak tahu pun melainkan setelah ibu bapaku bercerita perihal aku. Aku juga terfikir, sewaktu dalam perut ibu, dan sebelum itu lagi, aku kat mana? Di mana aku?? Aku tidak tahuuu. Hmm, adakah ini perkara yang patut aku tahu? 

Berbalik semula pada JANJI tadi, eh kenapa aku kena melaksanakan janji yang aku janjikan dalam keadaan aku tidak sedar? Hati kecil bertanya lagi, adakah benar itu janji?

------------ Bah II 
Inilah keimanan kepada perkara ghaib yang Allah telah minta untuk kita beriman dengannya. Dari mana aku datang, kemana aku pergi, apa yang perlu aku buat? Tiga persoalan asas yang hanya dapat dijawab dalam ilmu tauhid. Orang yang tidak tahu perkara ini atau tidak sedar mengenainnya, ialah orang yang menzalimi dirinya sendiri. Bagaikan pergi ke tempat kerja, tetapi tidak tahu kerja apa yang dia kena buat. Malah, lawan tokeh pula. 

Memang banyak manusia lalai tentang perkara ini. Ini telah ditegaskan di dalam al-Quran. Percaya atau tidak? Yang pergi surau dan masjid, yang suka buat kerja kebajikan memang tidak ramai. Nak ikut kumpulan yang berjaya atau kumpulan yang ramai? Yang ramai tidak semestinya berjaya. Allah menceritakan awal-awal lagi sesalan manusia yang lalai di akhirat nanti *"Kalaulah kami dengar dan kami berfikir, tidaklah kami menjadi penghuni neraka"*

Kalaulah aku datang masjid dan surau, kalaulah aku ikuti pengajian agama, kalaulah aku dengar nasihat, kalaulah aku ...... kalaulah aku .... - "kalau" yang sudah tidak berguna lagi. 

Main golf boleh, naik basikal 40km boleh, buka wasap setiap 5 minit, baca Facebook setiap 1/2 jam, pergi training seminggu boleh, lepak sampai larut malam boleh, semuanya boleh. Malangnya, baca Quran tidak boleh, pergi masjid surau tak boleh, baca fatihah pun tah betul atau tidak,... "apa erti beriman kepada Allah?" pun tak boleh jawab, ---> Jawablah dengan Malaikat Izrael dan munkar nakir lah nanti. 

Kalaulah kematian tidak menginsafkan, siramilah hati dengan amalan ibadat bagi melembutkannya. 
اللهم بلغت فاشهد 

Dr. Muhamad Faisal 
Jeddah
20 Jan 2017  

Post a Comment

0 Comments