Thursday, March 30, 2017

RASULULLAH DITUDUH TUKANG TILIK, ORANG GILA DAN SENIMAN MERAPU KERANA MENJANJIKAN KEMENANGAN YANG TIDAK LOJIK*

Sekiranya ada orang yang memandang sinis terhadap usaha dakwah, malahan merendahkan, menghina dan ingin menghapuskannya, kita perlu menerima hakikat bahawa itu adalah resam dan nature dalam jalan dakwah. Apatah lagi kalau yang kita sebut dan mengajak kepada sesuatu yang mungkin jauh dari lojik akal manusia. 

Ini telah berlaku pada Rasulullah yang dituduh sebagai orang gila, tukang tilik, seniman merapu dan ahli sihir kerana baginda menjanjikan kemenangan kepada orang yang beriman dan kemewahan hidup di syurga sedangkan orang Islam di Mekah hanya sekitar 200 orang sahaja. Tidak munasabah nak menang menentang Qurasyh. 

📍Marilah kita mengambil inspirasi dan kekuatan dari paparan kisah dari al-Quran yang berinteraksi dengan kita untuk memberikan semangat dan kekuatan kepada kita. 



————

*ALLAH BERFIRMAN: Berilah tazkirah (peringatan) kepada manusia. Jangan resah dengan tuduhan orang kafir yang mengatakan kamu tukang tilik dan orang gila kerana kamu menghebahkan nikmat syurga yang Kami limpahkan kepada kamu. Engkau bukanlah tukang tilik dan orang gila (sebagaimana yang mereka dakwa kerana engkau membawa kebenaran dari Allah).* Surah al-Tur: 29. 

Quraysh melancarkan Perang saraf (tuduhan) bahawa Rasulullah adalah tukang tilik, gila dan seniman merapu. Jika dilihat sepintas lalu, tuduhan Qurasyh itu mungkin ada lojiknya kerana Rasulullah membawa cerita tentang syurga dan neraka yang tidak masuk akal. Baginda membawa cerita ini kepada masyarakat Mekah dalam keadaan orang Islam ditindas, miskin, dihina dan tidak berdaya. Rasulullah membaca ayat al-Quran yang menjelaskan secara terperinci keadaan syurga yang menyediakan makanan yg enak, minuman yg lazat, katil yg tersusun, pinggan mangkuk dari mutiara yg terindah, termasuklah bidadari yang cantik. 

Keindahan bidadari itu pula digambarkan dalam hadis bukan sekadar pada raut wajahnya tetapi pada sosok fizikalnya yang transparent iaitu boleh dilihat sehingga turun naik darah dalam tulang peha dan betisnya. Ke semua itu ditempatkan dalam singgahsana yg mengalir dibawahnya sungai2. Hebattt. Mampukah orang Quraysh menerima tawaran itu dengan lojik akal tanpa keimanan.

Tentulah tawaran itu tidak munasabah. Tawaran syurga itu dibuat di Mekah dalam keadaan orang Islam sangat sedikit iaitu sekitar bawah dari 300 orang, ramai pula yang miskin, lemah dan ditindas. Dimanakah lojik Baginda menjanjikan kemenangan kepada orang yang memeluk Islam akan mendapat nikmat syurga yang tidak terbayang pada mata kasar manusia? Mungkin yang terbayang dalam minda dan bualan orang Quraysh bahawa "Muhammad pembawa cerita palsu dan dongeng"

Sungguhpun macam tidak lojik, tetapi Allah memerintahkan Rasulullah menyampaikan Islam dan menyebarkan semua berita gembira itu kepada masyarat Mekah. Biarpun maklum balas mereka dengan cara menuduh baginda sebagai tukang tilik, gila dan seniman mereng, Allah terus memerintahkan Rasulullah terus berdakwah. Untuk lebih detail, sila tadabbur Surah al-Tur: 17-30.

*Itulah resam dakwah kerana Islam perlu terus disampaikan biar apapun maklum balas dari manusia. Teruskan berjuang biarpun orang masih belum menerima dakwah lagi*

Dr. Muhamad Faisal


No comments: