Friday, May 26, 2017

LANGKAH2 MEMBUAT LITERATURE REVIEW YANG BETUL

Membuat LR sangat mencabar. Ramai yang menulis LR tetapi seperti membuat ringkasan terhadap penulisan sahaja. Berikut diberikan sedikit panduan untuk menulis LR dengan cara yang betul.



1- KENALPASTI KEHENDAK TAJUK  

Apa indipendent variable (cause)? Pemboleh ubah yang dimanipulasi 
Apa dependent variable (effect)? Pemboleh ubah yang diukur 

Apa persoalan utama yang ingin dijawab dalam kajian ini. 


2- KENALPASTI ASPEK YANG PERLU DIREVIEWKAN. Ia terhasil dari beberapa PERSOALAN penting yang perlu dijawab sebelum kajian ini dilakukan. 

Tajuk: Pengaruh penggunaan Facebook terhadap kesedaran Islam pelajar sekolah menengah 
 
Yang perlu direviewkan ialah 
a. Tahap keaktifan penggunaan FB dalam kalangan pelajar sekolah menengah 
b. Motif penggunaan Facebook dalam kalangan pelajar sekolah
c. Faktor yang boleh membawa kepada kesedaran Islam 




3- KUMPUL DAN RINGKASKAN LR (artikel, buku, dll) YANG BERKAITAN SAHAJA. Contoh 

  1. Mahmet (2011) berpandangan …….. 
  2. Ali (2016) mendapati ……..
  3. Ghani (2013) berkata …..
  4. .
  5. .
  6. .
  7. .

Nota: Ringkasan dalam 2-3 ayat sahaja

4- DARI LR YANG TELAH DIKUMPULKAN, CUBA JAWAB BEBERAPA PERSOALAN YANG TELAH DITIMBULKAN. CUBA BUAT KESIMPULAN.

CONTOH -Persoalan yang timbul dari - tahap keaktifan penggunaan FB dalam kalangan pelajar sekolah menengah. 
1- Sejauhmanakah pelajar aktif menggunakan FB sedangkan mereka tidak mempunyai telefon/ wifi sendiri 
2- Pelajar dikawasan manakah yang aktif berFB. Kampung atau bandar atau sama sahaja?
3- Jenis penggunaan FB yang macam mana yang digemari oleh pelajar? 
4- 
5- 

PENTING - Ada tak LR yang berkaitan menyentuh perkara di atas? 

Contoh: Kebanyakan pengkaji mendapati bahawa penggunaan media baharu terutamanya FB dalam kalangan pelajar sekolah menengah sangat tinggi iaitu melebihi 67% dari jumlah akses internet di Malaysia biarpun majoriti mereka tidak mempunyai telefon bimbit sendiri. Menurut (Mahmet, 2011; Supyan, 2000), tahap ini menghampiri tahap ketagihan berdasarkan kepada indeks antarabangsa yang telah dikeluarkan oleh … 




Saturday, May 6, 2017

PAMPASAN (DIYAT) MEMBERIKAN RAHMAT KEPADA MANGSA/KELUARGA


Bersetujukah anda sekiranya penjenayah bukan sekadar dikenakan hukuman tetapi mereka turut membayar pampasan kepada mangsa/keluarga atas kezaliman yang dilakukan? Ya, sudah tentu kerana pampasan ini boleh membela dan menjaga kebajikan mereka yang dizalimi. 





Mengikut amalan kebiasaan, penjenayah atau pesalah membayar saman, hukuman dan denda yang diputuskan oleh mahkamah kepada kerajaan. Namun, apa pula nasib mangsa atau keluarga mangsa? Disinilah terletak keadilan Islam dalam membela dan menjaga kebajikan mereka kerana Islam memperkenalkan sistem pampasan yang dikenali sebagai diyat. Ia merupakan pekngkap kepada hukum Qisas di dalam Islam. 




Pampasan atau diyat merupakan sejumlah gantirugi yang berikan kepada mangsa atau keluarga akibat dari jenayah tertentu yang dilakukan kepada mereka. Setelah diputuskan oleh mahkamah, penjenayah dan/atau warisnya bertanggung jawab membayar pampasan berdasarkan kepada kadar jenayah yang dilakukan. 

Mengikut hukum Islam, pampasan penuh bermula dengan nilai 100 ekor unta yang menyamai Rm500k, (kalau Rm5k seekor). Pampasan penuh ini dikenakan kepada jenayah bunuh sengaja dan kadar ini berkurangan mengikut kadar jenayah itu. Sebagai contoh, mencederakan sebelah telinga hingga putus, perlu membayar separuh dari pampasan penuh iaitu nilai 50 ekor unta.