POLEMIK ISU SENTUH DAN PELIHARA ANJING – AGENDA LIBERALIS?

Polemik dalam Isu sentuh dan memelihara anjing bukanlah isu baharu. Sebelum merdeka lagi iaitu sekitar tahun pada tahun 1935-1940, isu jilatan anjing telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan ulama kaum Muda dan Kaum Tua di Kelantan dan melibatkan pihak Istana Kelantan. Usaha mengadakan muzakarah pada tahun 1936 gagal malahan menambahkan lagi titik bengik. Akhirnya, pada tahun 1937 satu muzakarah telah berjaya dilangsungkan di Istana Kelantan dan ia dihadiri oleh Ulama dalam negeri kelantan, Sultan Kelantan sendiri, termasuk Qadi Singapura. Kesimpulan dari muzakarah yang dilakukan ialah umat Islam bebas untuk mengikut mana satu pandangan sama ada maliki atau shafie bergantung kepada keperluan untuk pemeliharaan anjing itu.  


Kini isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini ada “I want to touch the dog”. Ia bagaikan sengaja dicetuskan dan diberikan publisiti meluas yang dipercayai mempunyai tujuan yang tertentu. Bagaikan ada kesengajaan untuk menghangatkan lagi titik bengik antara umat Islam dalam isu khilafiyyah dan isu anjing ini dieksploit kerana sensitiviti orang melayu dengan anjing. 

Saya tidak pasti kaitan dengan mereka agenda liberal, tetapi kumpulan liberal memang suka mencabar amalan tradisi masyarakat yang sudah lama diamalkan dan mencabar hukum Islam serta merendahkan autoriti /pandangan ulama. Agenda kumpulan liberal ialah menghilangkan sikap hormat terhadap agama, Ulama dan hukum serta adat tradisi. Mungkin polemik dahulu di Kelantan melibatkan antara Kaum Muda dan Tua sahaja, tetapi kini ia sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu. 

Isu ini telah membuang masa orang Islam dengan berbahas dalam perkara khilafiyyah yang terlalu kecil. Orang Islam perlu mengelak dari termakan dengan provokasi pihak yang tidak ketahuan ini kerana orang Islam yang ada keperluan untuk membela anjing pun hanya sekelumit sahaja. Umat Islam perlu untuk berbincang dalam perkara yang lebih utama berbanding dalam isu yang seperti ini. 

Dr. Muhamad Faisal 

Maklumat lanjut polemik jilatan anjing di Kelantan, lihat di sini http://journalarticle.ukm.my/527/1/1.pdf

Post a Comment

0 Comments