FOTO & SWAFOTO ANTARA TUNJUK DAN MENUNJUK: UJIAN HALUS DALAM MEDIA BAHARU

Foto dan swafoto adalah ujian halus kepada orang yang bekerja (beramal) untuk Islam dan kepada orang yang have have (berada). Pada asasnya, tiada halangan untuk share foto pada orang lain kerana kita berbicara dan MENUNJUKKAN nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Niat suci kita ialah untuk berkongsi keindahan, kecantikan, keseronokan, kemesraan dan lain2. Kalau ada orang puji foto kita, pujian itu milik Allah kerana keindahan itu dari Allah. 

Allah telah menegaskan: 
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan. (Al-Duha: 11)



Begitu juga, tiada halangan bagi kita untuk menunjukkan foto kita yang sedang bekerja untuk Islam seperti sedang bergotong royong. Ia sebagai galakan untuk rakan-rakan agar turut beramal dan juga sebagai bukti melaksanakan tanggungjawab yang digalas.

Namun, terdapat perbezaan antara tunjuk dan menunjuk-nunjuk. *TUNJUK* ialah amalan zahir yang dilihat dengan nyata. Namun, janganlah sampai ada sikap menunjuk-nunjuk. 

*MENUNJUK-NUNJUK* ialah amalan hati dan ia adalah sikap yang sukar untuk dikesan. Islam tidak membenarkan sikap ini kerana ia boleh menimbulkan sifat sombong, bangga diri dan boleh menanamkan rasa iri hati dalam kalangan masyarakat. 

*Boleh menunjuk, tetapi bukan menunjuk-nunjuk. Haluskan perbezaannya?.* Apabila foto dishare, tersemat di dalam hati macam-macam perasaan. Mungkin dicelah2 itu, terselit perasaan sombong, bangga diri, merendahkan orang lain, dll yang yang boleh menghakis sifat ikhlas dan menyuburkan sifat mazmumah. Tambahan pula, bisikan syaitan sering menyerang hendap terhadap amalan kita. Sikap ini yang perlu dicermati. 

Allah berfirman: 
وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحًا ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman: 18)

Betulkah?? 👇 
📌Orang yang tak berapa kaya, nak menunjuk nunjuk bahawa dia kaya. 
📌Orang yang tak berapa popular, nak menunjuk nunjuk bahawa dia hebat. 

📍Orang yg memang kaya dan popular, tak gaduh nak menunjuk nunjuk dah. Ke guane?

‼️Foto dan swafoto adalah ujian halus dalam media baharu kepada orang yang beramal . TUNJUK, BUKAN MENUNJUK-MENUNJUK.

Dr. Muhamad Faisal

Post a Comment

0 Comments