Sunday, October 29, 2017

AGNOSTIK DAN ATIESME TIDAK MAHU DIPERBODOHKAN ATAS NAMA AGAMA

Ada segelintir manusia yang menolak hukum atau apa-apa yang dari Islam (Jemaah Islam, parti Islam, hukum Islam....) kerana tidak mahu diperbodohkan atas nama ketaatan dan kepatuhan kepada agama. Mereka mahu setiap satu itu dirasionalkan sehingga apabila akal mereka berjaya dirasionalkan, baru mereka mempercayainya. 

Selagi belum berjaya dirasionalkan, mereka tidak percaya. Kenapa mereka jadi macam itu wallahu a’lam?. Tetapi berdasarkan dua kajian yang dijalankan di Barat, orang yang agnostic dan atiesme ini adalah masalah emosi. Mereka mendapati sifat agnostik dan atiesme “associated with various indicators of negative emotionality, such as trait anger, psychological entitlement, and fearful / preoccupied attachment styles.” (Sila lihat rujukan di bawah)

--------- 
Mestikah setiap satu perkara itu perlu dirasionalkan terlebih dahulu sebelum dipercayai. Ukuran rasional yang diberikan ialah consistency. Kenapa orang ni kaya, kenapaorang ni miskin.  Kenapa orang ni baik dan kenapa orang ni jahat. Kenapa tidak konsisten? Apabila persoalan ini dibangkitkan, maka mereka akan mempersoalkan keadilan Allah. Adilkah Allah?


Kita mesti menerima hakikat bahawa ada dalam dunia ini perkara yang kita hanya terima sahaja tanpa kita dapat rasionalkan. Contoh, kenapa kita dicipta lelaki, bukan perempuan? Atau kenapa dicipta sebagai perempuan, bukan lelaki? Siapa boleh bagi jawapan. Hanya jawapan yang boleh kita bagi ialah ia adalah ciptaan Allah. Ia dalam ilmu Allah, bukan ilmu manusia. Full stop. Kalau berterusan bertanya lagi, ia akan membawa kepada agnostic dan aties. 

Orang yang berfikir begini, akan terlibat dengan pemikiran sosialisme yang cuba memperjuangkan keadilan sosial. Lebih teruk lagi, mereka terlibat dengan komunisme. Ada yang mungkin baik sedikit ialah dia kata Sosialisme Islam. Mungkin mereka berpegang dengan kata-kata Karl Marx “Agama adalah candu kepada masyarakat” iaitu agama telah menyebabkan seseorang itu menerima sesuatu perkara tanpa bukti yang saintifik atau mengikut sesuatu secara membabi buta (blind obedience)

Dalam satu kelas di Fakulti Pengajian Islam, ada seorang pelajar bertanya “Ustaz, kenapa babi diharamkan?” Mungkin dia hanya menduga jawapan dari pensyarah sahaja, tetapi dia adalah pelajar yang telah menghafal al-Quran. Mungkin ada sangkut dua tiga perkara lagi dalam mindanya sehingga bertanya perkara yang basic dalam Islam. Kalau dia baru memeluk Islam, ada juga wajarnya dia bertanya. Atau pun mungkin dia tidak mahu diperbodohkan oleh al-Quran kerana dipaksa mengikut hukum agama secara membabi buta. Wallahu a’lam. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya. 

Allah telah menjelaskan perbezaan dua sikap iaitu antara Iblis dan malaikat dalam kes penciptaan Adam sebagai khalifah. Para malaikat bertanya kepada Allah kenapa dijadikan Adam sedangkan mereka orang baik. Allah hanya menjawab “Aku tahu yang kamu tidak tahu”. Tetapi apabila mereka diperintahkan sujud, mereka sujud dan patuh. Namun, Iblis tidak. Dia masih lagi argue dengan Allah berdasarkan kepada logic akalnya. Dia rasa dia lebih baik kerana diciptakan dari api sedangkan Adam dicipta dari tanah. Dia enggan tunduk dan dia tergolong dari kalangan orang kafir. 

Ringkasnya, memang ada segelintir manusia yang sentiasa berfikir secara rasional. Ia harus dipandu dengan metode yang betul agar tidak tersasar sehingga menjadi agnostic atau pun aties. Mohon dijauhkan dari sifat sombong dan ego yang tinggi dari menerima kebenaran.

Rujukan
Bradley, D. F., Exline, J. J., & Uzdavines, A. (2016, March 17). Relational reasons for nonbelief in the existence of gods: An important adjunct to intellectual nonbelief. Psychology of Religion and Spirituality. Advance online publication.
Exline, J. J., Park, C. L., Smyth, J. M., & Carey, M. P. (2011). Anger toward God: Social-cognitive predictors, prevalence, and links with adjustment to bereavement and cancer. Journal of Personality and Social Psychology, 100, 129-148.

1 comment:

Ahmad Syakir said...

Salam Ust. Jzkk.
Pandangan peribadi, mendapatkan rationality pada perkara yang wajar tiada masalah kot, kan? Lagi lagi dlm koridor ijtihadi ;)