TIDAK ADIL ADA DI MANA-MANA – “INILAH UJIANNYA”

Dunia ini penuh dengan ujian yang menuntut untuk kita bersabar dan menerima segala ketentuan dari Allah untuk kita. Tanpa sabar dan tabah, kita akan merungut kerana merasakan ketidakadilan sering berlaku terhadap kita. Kalau diperhalusi, memang betul. Sebagai contoh;

-Kenapa kita dapat rezeki sedikit, orang lain dapat banyak
-Kenapa kita selalu dapat sakit, orang lain sihat aja
-Kenapa kita berniaga tak berapa untung, orang lain untung aja
-Kenapa isteri kita tak berapa cantik, isteri orang cantik aja
-Kenapa anak kita tidak berjaya seperti anak orang lain,
-Kalau jadi pengerusi persatuan, Kenapa asyik aku aja, orang lain tak pun,
-Kenapa asyik aku aja yang kena buat kerja, orang lain tak kena pun.

Image result for ujian redo  kehidupan
Memang inilah dunia kerana ia merupakan ujian dari Allah kepada manusia. Kalau nak ikutkan tak adil, memang semua tidak adil.

+Betapa Allah bagi rezeki banyak kepada manusia, tetapi hanya sedikit sahaja yang bersyukur
+Betapa Rasulullah mempunyai akhlak yang mulia, tetapi betapa ramai orang yang menentangnya dan memeranginya
+Betapa seorang ayah telah berbakti kepada anak, tetapi betapa ramai anak yang mengabaikan ayahnya
+Betapa seorang ibu telah berjasa kepada anak, tetapi betapa ramai anak yang menderhaka kepada ibunya
+Betapa seorang guru telah mendidik anak muridnya dengan gigih, tetapi selepas berjaya, usahkan penghargaan, tiada ucapan terima kasih pun diungkapkan kepada guru.

Justeru, dunia ini penuh dengan ketidakadilan?? Bukan sama sekali, dunia ini adalah ujian kepada manusia. Yang baik pun ujian, yang buruk pun ujian. Ia menuntut kesabaran dari manusia dan antara maksud kesabaran ialah menerima segala kesulitan dan menelan segala kepahitan kerana itulah realiti kehidupan. Justeru,

->Jadilah kita orang yang menghargai orang yang di sekeliling, maka kita akan beroleh kebahagiaan
->Biarlah kita orang yang bersusah payah membantu orang lain, kerana itulah sifat orang yang mulia
->Kalau buat kerja yang orang tidak mahu buat, kerana kita berjiwa besar. Orang yang berjiwa kecil, mementinkan diri sendiri atau melihat kepentingan dirinya sahaja.
->Sekiranya kita bekerja untuk orang dan demi orang, kita akan kecewa. Akan tetapi, sekiranya kita bekerja untuk Allah, kita akan tenang.
->Seperti mana kita solat, puasa, zakat dan membaca al-Quran untuk mendapat pahala, kita juga bersusah payah membantu orang untuk mendapat pahala.
(Walau bagaimanapun, jangan sampai ketulisan dan keikhlasan kita itu dijijak oleh orang lain)

Artikel nasihat ini, sebenarnya untuk diri sendiri untuk memupuk sifat sabar dan tabah dalam diri yang penuh dengan kekurangan. Kerap kali bila berbual dengan Bapa tentang ujian yang menimpa dirinya, dia selalu menyebut “inilah ujiannya”. Mudahan Allah bagi hidayah untuk kita semua.

Dr. Muhamad Faisal 

Post a Comment

0 Comments