Friday, February 2, 2018

FITNAH DAJJAL- FACEBOOK TEMPAT KUMPUL PERKARA PELIK

Anda pernah melakukan perkara pelik? Anda gembira kalau orang like, komen dan share status anda di FB? Selepas anda post di FB, KEJAP-KEJAP ANDA buka FB. Selang 5 minit sekali, tengok kot ada orang like, komen dan share. 

Untuk mendapatkan like, komen dan share yang tinggi tentunya gambar yang anda upload itu bukan gambar biasa-biasa. Lagi luar biasa dan lagi pelik, tentu akan tarik minat orang. Betul? Orang dalam Facebook, memang pelik dan suka teruja dengan perkara luar biasa.


Di akhir zaman ni, memang banyak perkara pelik dan luar biasa yang menguji keimanan manusia. Kita mungkin terdengar dan melihat Youtube orang yang boleh buat pembedahan batin (bedah dada manusia tanpa keluar darah), manusia bertukar jadi buaya, bomoh boleh tahu apa yang tersimpan dalam rumah kita, orang menyembuhkan penyakit orang yang pada adatnya sukar untuk hidup dll. Ini semua adalah fitnah yang mencabar keimanan. Semua perkara ini benar dan berlaku depan mata.

Perkara di atas ini, mengikut law of nature, adalah perkara yang tidak dapat dilakukan oleh manusia biasa melainkan ia bergantung dengan alam jin dan syaitan. Adakah kita mahu beriman dengan jin dan syaitan? Dengan erti mengikut jejak langkah mereka, mengagumi bomoh, mengambil berkat dengan bomoh, ... tidak.

Kadang-kadang hairan kenapa semakin moden manusia, semakin menjadi-jadi manusia suka kepada perkara yang berlawanan dengan law of nature.

Sebenarnya, apa nak hairankan dengan perkara pelik ini kerana Dajjal nanti boleh panggil orang dalam kubur untuk keluar dan hidupkannya.. dajjal boleh minta hujan turun dan tumbuhkan tumbuhan di musim kemarau... Manusia yang lemah imannya akan percaya dengan dajjal dan akhirnya memperakui dajjal sebagai tuhan.



Imam Syafie ada diriwayatkan berkata: Kalau kamu berjumpa dengan orang yang boleh berjalan di atas air dan atau di atas angin, jangan tertipu dengannya sehingga dirujuk kepada Quran dan hadis.

Jadi, jangan teruja sangat dengan perkara pelik.
Selalulah baca Quran kerana ia akan menjelaskan perkara ghaib dan menuntut untuk manusia bersedia menghadapinya, bukan berseronok dengan benda pelik.

Dr. Muhamad Faisal

No comments: