MANADO: KOTA PALING TOLERAN DAN KOTA SERIBU GEREJA- IKTIBAR UNTUK MALAYSIA

Suatu masa dahulu kira-kira 20 tahun yang lalu, hanya mengenali perkataan Manado dengan seorang bintang filem Melayu yang terkenal antara tahun 50an dan 60an bernama “Maria Menado”. Nama asalnya Liesbet Dotulong berasal dari Manado. Namun, tidak sangka pula dapat menjejakkan kaki ke Bumi Manado yang merupakan ibu kota Sulawesi Utara. Perjalanan yang jauh mengambil masa 3 jam dari Jakarta, sememangnya Indonesia ini sangat luas. Dari Pulau Sabang, Aceh hingga ke Murakue, Papua. 
Foto: Bandara (Airport) Kota Mandado

Foto: Peta Kedudukan Kota Manado
Nota: Perjalanan Kota Manado ke Makassar mengambil masa 3 hari naik kereta

Manado merupakan sebuah kota yang mempunyai pelbagai kaum dan agama. Orang Islam di sini merupakan minoriti berbanding dengan orang Kristian, namun mereka hidup harmoni sehingga kota Manado diumumkan sebagai kota yang paling toleran di Indonesia pada 2017. Anugerah yang telah diberikan ini, disambut sekali lagi pada April 2018. 



Laporan Indeks Kota Toleran (IKT) Setara Institute tahun 2017, Kota Manado, Sulawesi Utara di posisi teratas dengan tingkat toleransi mencapai 5.90%. Kemudian diikuti Kota Pematangsiantar (Sumatera Utara), Salatiga (Jawa Tengah), Singkawang (Kalimantan Barat), dan Tual (Maluku).


Foto: Sisi pandang dari Hotel menghadap laut

Apakah toleran yang dimaksudkan di sini? Emm, pastinya ia hasil dari kerukunan hidup masyarakat di sini. Namun, dalam suasana toleran ini, apa nasib dakwah dan pengembangan agama Islam di sini? 

Kota Manado ini telah menjadi sasaran usaha kristianisasi yang menyebabkan ramai yg memeluk agama Kristian. Lebih separuh penduduk Kota Manado yang memeluk Kristian. Ia merupakan tempat kedatangan penjajah sejak tahun 1500 lagi dan tentunya mereka telah mengusahakan pengembangan agama mereka di sini. Ia juga merupakan tempat buangan para ulama Islam dari Jawa. 

Bagaimana pula dengan dakwah Islam. Emmm.. tidak pasti. Ada satu kajian yang dilakukan oleh Lisa Aisyiah Rasyid (2017) yg mengkaji usaha dakwah dari 1947-1960. Dia mendapati ada usaha dakwah yang dilakukan oleh orang Islam bagi mengekang misionari seperti yang dilakukan oleh Serikat Islam (1920) dan Muhammadiah dan Al-Khairat dengan membuka sekolah agama. 

Walau bagaimanapun, asakan yang kuat dari arus kristianisasi menyebabkan masyarakat Islam di sini bagaikan menggunakan pendekatan difensif sahaja bagi mengelak dari konflik antara kaum. Ini telah disebut oleh Lisa Aisyiah (2017) bahawa pendekatan dakwah mengikut triadisi ayairah dan mazhab syafie berjaya membawa pendekatan keagamaan yang tidak mengubah status quo masyarakat. Antara amalannya ialah tahlilan, yasinan, deba’an, barzanji, mencium tangan ustad (guru), ziarah makam para wali, manaqib, dan khaul. Mereka hanya dapat menonjolkan nilai Islam iaitu nilai tawasuth (moderat), tasammuh (toleransi), tawazzun (seimbang), dan ta’addul (adil). Manakala usaha seruan, ajakan dan saranan kepada mengikuti syariat Islam terpaksa ditiadakan dalam suasana masyarakat yang didominasi orang bukan Islam.

Ini bermakna apabila nilai toleransi yang diutamakan bermakna kekuatan umat Islam itu lemah. Sepatutnya mereka melakukan usaha dakwah sehingga mengajak orang lain memeluk Islam dan mengamalkan cara hidup Islam. Namun, apakan daya atas desakan dan saranan dari keadaan masyarakat yang kurang boleh menerima cara hidup Islam, maka orang Islam hanya bertahan dengan nilai umum yang boleh diterima oleh semua agama. 

Apakah nasib yang sama akan menimpa Malaysia? Wallahu a’lam. Apabila tidak bercakap lagi soal dakwah, hukum Islam, jihad ke arah negara Islam bagi mengamalkan cara hidup Islam untuk keseluruhan masyarakat, maka tentunya index tolarensi akan mencanak naik. Memang bunyi toleransi itu menarik, tetapi apabila dakwah dan lain-lain tuntutan Islam sudah semakin sepi, ianya sangat pahit untuk umat Islam. Semua itu hanyut dalam nilai toleransi. Malaysia sebagai negara Islam sepatutnya lebih gagah untuk melakanakan nilai dan syariat Islam yang adil untuk semua kaum dan agama. Kuasa mahkamah perlu ditingkatkan menerusi pindaan RUU355. 

——


Menarik sekali sempena Internasional Seminar on Contemporary Issues in Islam, Timbalan Naib Canselor UKM, Prof Dr. Ikhwan menyampaikan ucap utama mengajak Muslim scholars dari pelbagai bidang agar mengusahakan sesuatu agar Islam terus menjadi releven dan memimpin masyarakat dalam revolusi industri 4.0. Jangan jadi seperti Nokia dan Blackberry yang akhirnya tidak relevan dalam masa 5 tahun sahaja. 



Menarik juga, tidak sangka ramai pensyarah dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN), Manado termasuk ibu Dekan Fakultas Syariah dan Hukum boleh menyampaikan lagu secara solo dengan suara yang merdu dan lantang dalam majlis penutupan seminar. 



Rujukan: 
Lisa Aisyiah Rasyid (2017). Islamisasi dan dakwah Alkhairat dalam masyarakat majemuk di Kota Manado tahun 1947 hingga 1960. Jurnal AQLAM- Journal of Islam and Plurality, 2(1): 21-32. 

Post a Comment

0 Comments