TIGA PIHAK YG MEMUSUHI ISLAM

Dalam sejarah Islam, TERDAPAT TIGA PIHAK yang menghina dan memusuhi Islam iaitu: Yahudi, musyrikin dan munafiq. Rasulullah bijaksana dalam berdakwah dan berpolitik sehingga baginda dapat menanganinya. 
🔺 *Orang Yahudi* tidak rela melihat Islam berkembang dan berdendam dengan orang Islam. Perasaan iri hati dan dengki bertambah selepas orang Islam menang dalam perang Badar. Bani Qaynuqa’ menghina wanita Islam dan mencetuskan pergaduhan, akhirnya Rasulullah menghalau mereka dari Madinah. Kaab Asyraf membuat puisi-puisi yang menghina dan mengutuk orang Islam sehingga Rasulullah mengarahkan supaya membunuhnya. 
🔺 *Orang musyrikin* Mekah berterusan menabur propaganda bahawa Muhammad adalah orang gila dan tukang sihir. Dakwaan ini ditabur kerana mereka tidak mampu berhadapan mukjizat dengan al-Quran walaupun al-Quran mencabar mereka menciptanya. 
🔺 *Orang munafik* pula menikam belakang orang Islam dan berdendam dengan orang Islam. Mereka memburuk Islam dan menjadi petualang kepada Islam kerana sanggup menggadaikan agama untuk kepentingan peribadi. Mereka memberi taat setia kepada orang Yahudi dan menyokong tindakan Yahudi untuk melemahkan Islam. 
Tiga golongan ini wujud dalam sejarah Islam dan golongan ini wujud dahulu, sekarang dan akan datang. Allah menjelaskan kisah mereka dalam al-Quran sebagai suatu pengajaran untuk kita. Jangan sekali-kali cenderung dengan kumpulan mereka.

Post a Comment

0 Comments