Penjajah yang datang ke gugusan pulau di sekitar Asia Tenggara dengan armada perang bermula selepas tahun 1500. Ia dimulai dengan Portugis yang datang ke Melaka pada 1511 dan Kepulauan Maluku pada 1512. Kemudian Magellan pula datang ke Filifina pada 1521.
Ini juga bermakna mereka telah datang sebagai pelaut dan pedagang sebelum dari tahun 1500. Semua tarikh ini ada kaitan yang rapat dengan kejatuhan kerajaan Islam di Spain pada tahun 1492 dan peperangan Salib yang berakhir 1292.
Kesudahan peperangan salib selama 200 tahun menandakan kegagalan kerajaan Kristian untuk mengalahkan umat Islam secara kekerasan menerusi peperangan. Ini menyebabkan mereka beralih dengan cara bukan perang untuk mengalahkan umat Islam. DI sini bermula gerakan orientalisme dan kolonialisme.
Kejatuhan kerajaan Islam di Spain menandakan berakhirnya kerajaan Islam di Eropah selama 800 tahun. Ia merupakan kejayaan Kristian menjatuhkan kerajaan Islam dan membunuh ramai hampir semua orang Islam.
Sentimen dan semangat mengalahkan orang Islam diteruskan menerusi penaklukan di Asia Tengggara. Mereka mengambil masa sekitar 200 tahun iaitu 1300 hingga 1500 untuk meneroka jalan laut dari Barat ke Asia Tenggara yang akhirnya Portugis dan Sepanyol berjaya membawa Armada perang bagi mengalahkan Melaka dan Maluku.
Ini bermakna, kedatangan penjajah selain dari mempuyai misi ekonomi tetapi mereka didorong oleh misi agama. Semangat menjatuhkan Islam dan kejayaan mereka menjatuhkan kerajaan Islam di Spain antara dorongan kuat untuk mara ke Asia Tenggara.
0 Comments